“Baik pilih ita, wlpn ita xlulus spm, dia bijak memerhati dan buat kesimpulan sendiri” – Netizen

Menjadi seorang gadis yang tingtong dalam drama Takdir Yang Tertulis merupakan suatu bonus buat pelakon Iman Suhana kerana sememangnya watak tersebut adalah gambaran sebenar diri beliau diluar drama. Bak kata pepatah, seperti orang mengantuk disorongkan bantal, watak yang dibawakan oleh Iman Suhana sebagai Ruzita yang merupakan adik kepada Ruhila menjadi bualan netizen kerana menambah seri di dalam drama berkenaan.

Iman suhana dilihat berjaya menyempurnakan watak Ruzita dengan baik kerana lakonan beliau mendapat pujian daripada penonton. Walaupun watak Ruzita sering bersama Che Salmah menemani ibunya namun Ruzita tidak pernah terpengaaruh dengan kejahatan ibunya kerana menyedari sikap dan layanan buruk ibunya terhadap kakaknya Ruhila dan anak saudaranya Mika.

Takdir Yang Tertulis merupakan sebuah drama rantaian yang diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin. Shahrulezad yang merupakan pengarah drama popular Nur sebelum ini bersama warga kerja produksi Radiusone sangat professional dalam menghasilkan karya yang memberikan impak buat para penonton dan penggemar drama melayu.

Shahrulezad sangat bijak mengolah plot cerita agar setiap watak mampu memberikan emosi yang berbeza kepada penonton. Perjalanan drama ini dalam setiap episod membuatkan para penonton dibuai emosi yang berbeza.

Drama tersebut menampilkan gandingan pelakon Nazim Othman, Nad Zainal, Alvin Chong dan Elvina Mohamad sebagai teraju utama. Drama tersebut mengisahkan mengenai Nad Zainal yang membawa watak utama sebagai Juweta berkawan baik dengan Elvina yang membawa watak sebagai Ruhila. Manakala Azlan yang di lakonkan oleh Nazim pula berkawan baik dengan Ean yang dilakonkan oleh Alvin.

Bersiaran pada episode ke 9 malam tadi, konflik dalam drama berkenaan semakin meruncing apabila pencuci pejabat di syarikat milik Juweta rupanya bersahabat baik dengan Kak Jo.

Pencuci pejabat mula meluahkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku di syarikat milik Juweta dan memberitahu bahawa beliau terdengar perbualan Che Salmah bersama Hakim bahawa Mika sebenarnya bukanlah anak kandung kepada Azlan.

Ruzita juga sudah mula mengesyaki sesuatu yang dirahsiakan oleh kakaknya Ruhila dan ibunya Che Salmah kerana ibunya itu sentiasa mengugut kakaknya sekiranya Ruhila mahukan Mika untuk tinggal bersama mereka.

Menerusi instagram Nazim, beliau mengemaskini gambar terbaru bersama adik ipar beliau dalam drama tersebut iaitu Ruzita. Menurut Nazim, beliau menerima maklumbalas penonton yang mahukan watak Azlan untuk berpasngan pula bersama dengan Ruzita.

Walaupun Ruzita perlu menjadi seorang yang mengada dan ting tong, namun beliau juga bijak menilai dan membezakan antara baik dan buruk.

Karakter Ruzita telah dikembangkan oleh pengarah dimana kini watak yang dibawakan oleh Ruzita bakal menjadi elemen penting yang akan memecahkan knflik yang berlaku antara kesemua teraju utama sekiranya beliau memberitahu kebenaran di sebalik rahsia kakaknya Ruhila dan ibunya Che Salmah.

Kebanyakkan komen yang ditinggalkan netizen bersetuju sekiranya pengakhiran drama tersebut disatukan antara watak Ruzita dan Azlan kerana Ruzita melayani Azlan dengan baik dan sekurang-kurangnya Azlan menemui pengganti yang sesuai setelah mngalkan Juweta.

Tambahan pula Ruhila juga tidak pernah menyayangi dirinya dan menganggap beliau sebagai suami. Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan oleh netizen.

“Dalam ting tong dia ni maybe akan jadi bijak maybe dalam satu episod nanti.” – Netizen

“Suka tgk ita blur” pastu sokong part dia caci che salmah “ – Netizen

“Benarlah kata kata : Pilih yang menyayangi kita lebih baik daripada pilih yang kita sayang” – Netizen

“Atleast ila ada hati dan perasaan” – Netizen

“hahaha. Ita ni lawak & lembut bercakap. tapi ada makna tauuu(sindiran giteeww)” – Netizen

“silap2 ita pun azlan amikk nanti . haha . poning laaa che salmah” – Netizen

“Part paling i touching bila ita ni jadi aunty yg baik for mika. Xde la semua nk jd syaitoonnn dlm TYT” – Netizen

“hati baik masa yang sama nak jadi partner of cr1me dgn cek Salmah …kena rejected ngan cek Salmah sbb spm pun x lulus …kesian ita” – Netizen

“Untuk cerita tadi….kesian juga Juwita dan Ruhila sama2 sayang kat Mika..tapi walaupun keadaan apapun janganlah ambil suami orang sebab kita sesama perempuan tahu apa yang perempuan lain rasa,tapi ada setengah orang buat juga so tunggu ( karma)..tu apa yang saya rasa” – Netizen

Banyak pula plot twist selepas ini sekiranya Ruzita pula yang menjadi isteri baru Azlan. Jika jalan cerita mengikut kehendak netizen pasti banyak pula yang berubah watak selepas ini. Jadi sama-samalah kita tunggu episode seterusnya hari isnin minggu hadapan pula.

Sumber: ig nazimothman

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*