“Baham tulang pun cantik”- Norman Hakim

Pasangan selebriti Norman Hakim dan isteri Memey Suhaiza antara salah satu pasangan yang cukup romantik dan disukai ramai. Walaupun mereka berdua sudah mempunyai tiga orang cahaya mata, mereka sentiasa kelihatan romantik dan mesra bersama di laman Instagram masing-masing. Gelagat suami isteri ini sehingga membuatkan peminat ternanti-nanti dengan posting mereka di Instagram.

Bukan itu sahaja, gelagat Norman yang suka menyakat isterinya juga sering dikongsi di Instagram dan bagi sesiapa yang menonton video romantik mereka itu pasti geli hati melihatnya.

Baru-baru ini, Norman sempat merakam gelagat Memey sedang khusyuk menjamah tulang daging. Mereka dilihat keluar makan di salah sebuah restoran bersama anak-anak.

Lebih menarik perhatian apabila wajah cantik Memey menerima banyak pujian memandangkan Memey sememangnya cantik semulajadi.

Norman beserta kapsyen “baham tulang pun tetap cantik” itu telah menerima banyak respon daripada netizen. Rata-rata netizen menyokong kapsyen yang ditulis Norman setelah melihat wajah cantik Memey yang kelihatan muda dari usianya.

Sementara itu, posting video yang dimuatnaik Norman telah menerima tontonan sehingga 1 juta dan ratusan komen dariapda netizen.

“Memey ni cantik semulajadi luar dan dalam lah, suka tengok memey ni lembut ja”- netizen

Ramai netizen akui, suka melihat sifat lemah lembut yang ada pada diri Memey. Bukan itu sahaja, Memey juga cukup sopan ketika berbicara bersama suaminya.

Untungnya Norman dapat isteri yang lemah lembut macam Memey. Maraah pun slow je hehehe..

Sumber: Instagram normanhakim

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!