“Bagusnya nafkah bekas isteri tak lupa, patutlah keluarga ni dicontohi” – Netizen

Keluarga besar Norman Hakim dan Memey Suhaiza sering menjadi rujukan buat pasngan suami isteri diluar sana. Bangkit daripada kejatuhan sebelum ini, keluarga ini terus memberikan inspirasi buat masyarakat menerusi tauladan yang ditonjolkan oleh mereka sekeluarga. Pengalaman kisah lalu telah banyak mengubah diri mereka agar mengambil apa yang telah berlaku sebelum ini sebagai iktibar dan pengajaran yang berguna hari ini.

Benarlah setiap yang berlaku pasti akan ada hikmah yang tersembunyi. Jika suatu masa dahulu kisah rumahtangga mereka menggmparkan industri seni tanah air apabila berhadapan knflik namun kini keluarga mereka pula yang cukup memberikan inspirasi buat masyarakat.

Hubungan yang telah terbina kini antara Memey dan Abby sangat akrab bagaikan adik beradik hinggakan Memey dan Abby kelihatan bagai kembar dan cukup serasi meluangkan masa bersama-sama.

Mereka berdua juga membuktikan bahawa mereka sehati sejiwa apabila baru-baru ini Memey dan Abby telah menukar warna kenderaan kesayangan mereka dengan warna yang sama iaitu Rose Gold.

Tiada siapa yang menyangka serta menduga keluarga Norman dan Abby kini menjadi sebuah keluarga besar yang sangat rapat. Namun itulah pasang surut kehidupan. Belajar daripada kesilapan dan berkat kesabaran pasti Allah akan permudahkan semuanya. Tambahan pula mereka berdua berbaik demi tanggungjawab untuk anak-anak.

Menerusi Instagram, Memey telah memuatnaik sebuah video dimana suaminya Norman Hakim telah memberikan nafkah anak-anak kepada Abby Abadi yang merupakan bekas isterinya sebelum ini. Menurut Memey lagi, rezeki tersebut dikongsikan oleh Norman kepada dirinya dan juga Abby untuk kegunaan anak-anak.

Memey memahami bahawa nafkah tersebut merupakan tanggungjawab suaminya itu buat bekas isteri dan menerusi caption di video tersebut beliau berkata seorang lelaki sememangnya menggalas tanggungjawab dan amanah yang besar dari Allah.

Memey turut mendoakan buat semua lelaki yang bergelar ketua keluarga agar dilimpahi rezeki demi melunaskan tanggungjawab dan amanah buat keluarga masing-masing.

Perkongsian dari Memey itu sedikit sebanyak telah membuka mata masyarakat mengenai betapa besar tanggungjawab yang perlu ditunaikan oleh seorang lelaki. Netizen juga memuji sikap Norman Hakim yang tidak lupa dengan tanggungjawabnya kepada anak-anak walaupun anak-anak kini sudah meningkat remaja.

“Maasya Allah bahagianya keluarga ini.semoga dlm lindungan Allah senantiasa.suka tengok mey n abby” – Netizen

“Alhamdulillah.. seronok tengok kebahagiaan keluarga ini.. semoga Allah murahkan rezeki keluarga ini.. semoga Allah berikan keluarga ini kebahagiaan dunia dan akhirat..Aamiin” – Netizen

“Bagusnye ada lelaki cam ni.menghargai ibu kepada anak2 dia.patutlah murah rezeki and rezeki anak2 pon murah.ayahnye pon jenis hati baik.” – Netizen

“MasyaAllah..semoga keluarga ini sentiasa dlm rahmat dan keberkatan Allah SWT..mnjadi contoh terbaik pd semua” – Netizen

“Satu dalam sejuta ada lelaki begini..beruntung memey” – Netizen

“Alhamdulillah.. Bahagiakan isteri & ex & Anak².. Hati pun lebih tenang.. Bagus abg Norman ni ..” – Netizen

Ramai yang mengagumi sikap Norman yang sangat bertanggungjawab dan penyayang dengan keluarga. Didikan beliau serta bekas isterinya Abby kepada anak-anak cukup menjadi inspirasi buat masyarakat.

Anak-anak mereka telah diterapkan nilai kekeluargaan dan didikan islam sejak dari kecil lagi. Mudah-mudahan keluarga ini terus menjadi contoh daripada para ibu dan bapa diluar sana.

Sumber: ig memeysuhaiza

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*