“Bagusnya bermadu camni” – Netizen

Hidup bermadu dan berkongsi kasih sayang pastinya bukanlah perkara yang mudah untuk dijalani buat para wanita yang bergelar isteri. Selain mengajar agar lebih sabar dan ikhlas menerima ketentuan, bertolak-ansur dan tidak mementingkan diri juga patut ada dalam diri demi mengelakkan kesalahfahaman dan isu yang boleh menyebabkan pertengkaran antara keluarga.

Selama berkecimpung dalam industri hiburan, penyanyi cantik bernama Adira Suhaimi ini memang jarang sekali berkongsikan kehidupan peribadinya kecuali video-video lucu bersama anak-anak tersayang. Ternyata di sebalik itu, Adira selama ini kurang mempamerkan kebahagiaan bersama suaminya kerana menjaga hati seseorang.

Penyanyi kelahiran Sabah ini telah berkahwin pada tahun 2015 bersama dengan ahli perniagaan terkenal bernama Datuk Red. Tidak pernah menyembunyikan statusnya sebagai isteri kedua kepada Datuk itu sejak awal perkahwinannya, ramai yang taktahu ternyata Adira mempunyai hubungan yang sangat baik bersama madunya.

Bukan sahaja sama cantik kedua-kedua isteri kepada Datuk Red ini, Adira dan madunya yang dikenali sebagai Datin Red ini juga menerima Adira dengan hati terbuka malah mereka berdua sering menjaga hati agar tidak ada yang terluk4.

Hanya berkongsi gambar bersama-sama anak-anak sahaja di laman Instagram, kemesraan bersama suami ditutup rapat dan hanya disimpan sebagai koleksi peribadi sahaja dan bukan untuk tayangan umum.

Video yang dikongsi oleh Adira yang menunjukkan keakraban antara dua madu ini telah menuai pujian ramai yang gembira melihat hubungan baik antara mereka berdua.

Kedua-duanya terlihat senang ketika menghadiri pertunjukan fesyen yang melibatkan anak sulung kepada Datin Red sebagai salah satu model dari pertunjukan tersebut.

Masing-masing sangat teruja melihat anak mereka yang kini telah meningkat dewasa dan berjaya menjadi model.

Sikap dewasa dan tolak-ansur antara Adira dan Datin Red juga telah menuai pujian ramai yang kagum melihat sikap mereka yang mampu menerima madu dengan hati yang terbuka.

Tak semua orang mampu berada di tempat Adira malah Datin Red sendiri yang merupakan isteri pertama.

Terbuktilah bahawa kedua-dua haruslah memiliki hati yang baik dan bersih seperti apa yang diberitahu oleh Adira jika hendak hidup harmoni dalam bermadu.

Sumber: Instagram Adira Suhaimi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!