“Bagus Uyaina, takde goyang2 bdn sgt”- netizen

Wanita yang bertudung sememangnya perlu menjaga imej mereka sebagai seorang musl1m4h. Dengan imej bertudung, seseorang wanita itu seeloknya perlu bersikap sopan dan lebih berbudi bahasa. Namun di zaman serba moden ini, sebahagian wanita bertudung sudah berani tampil dengan aksi yang kurang sopan dan ada kalanya suka berjoget di khalayak umum.

Lebih-lebih lagi di laman sosial media,banyak video wanita bertudung berjoget sakan tersebar secara meluas.

Buat pelakon Uyaina Arshad pula, beliau lebih sentiasa berhati-hati dan menjaga imejnya sebagai wanita bertudung memandangkan beliau adalah salah seorang selebriti terkenal.

Uyaina antara pelakon yang menjadi perhatian netizen di laman sosial media setiap kali beliau memuatnaik video atau gambar lebih lebih lagi di Instagram.

Malah baru-baru ini, Uyaina berkongsi satu video dirinya menari bersama rakan artis iaitu Bella Dally. Uyaina dipuji salah seorang netizen apabila Uyaina kelihatan tidak terlampau menari goyang berlebih-lebihan.

Uyaina dikenali ramai dengan imejnya yang bertudung dan sentiasa kelihatan sopan serta cantik berpakaian menutup aurat meskipun bergelar selebriti.

“Cantiknya Uyaina ni still maintain jaga aurat, cantiknya dress beli mana, ajarlah step menari macam tu hehe”- Netizen

Sementara itu, video Uyaina telah ditonton sehingga 270,000 tontonan dan menerima banyak komen positif daripada netizen.

Rata-rata netizen memuji kecantikan Uyaina dan suka melihat penampilan Uyaina yang sentiasa up to date.

Kan bagus kalau menari tak over sangat macam Uyaina ni.. Nampak sopan je Uyaina bila menari dengan partner Bella Dally, tangan je gerak hehe.. Alhamdulillah Uyaina masih menjadi selebriti kesayangan ramai peminatnya.

Sumber: Instagram Uyainaarshad

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!