“Bagus eyh dia bagi untuk marketing sekali eyh, adoiiyaii Jep”- Netizen

Menjadi kebiasaan untuk sentiasa memberi hadiah kepada kenalan kita kan, lebih-lebih lagi kepada kenalan yang sangat kita rapat.Memberi bukan sebab harapkan balasan, tetapi kerana ingin membuatkan mereka happy, dan menghargai pemberiaan kita kan. Hadiah yang diberikan tak perlu pun berates atau ribuan ringgit, tapi cukuplah sebagai tanda penghargaann.

Ada dimuat naik video Imam Muda Ahsraf yang ketika itu berada di konti tempat kerja Jep, beliau tidak lupa untuk memberikan sedikit penghargaan dan hadiah kepada Jep tau, yelah alang-alang dah jumpa, apa salahnya beri hadiah sikit kan.

Jep begitu gembira selepas menerima hadiah pemberian dari IM Ashraf tu, beliau pun terus buka hadiah tu depan orang ramai tau. Punyalah excited sampai buka depan si pemberi kan. Haha, lawak betul lah Jep ni. Kita pun teruja sekali dengan hadiah tu.

Tapi, kita pun nak tengok juga kan apa yang diberikan oleh IM Ashraf tu, ternyata banyak juga ya isi dalam beg tu, ingatkan satu hadiah je, rupanya ada banyak menda yang turut diisi dalam kotak tersebut. Korang nak tahu tak apa mendanya ?

Dan yang paling utama sudah semestinya kurta brand IM Ashrad, korang tahu tak Imam Muda Ashraf ada kurta jenama nya sendiri, mesti suami atau anak lelaki anda semua tahu kan, dah pernah beli untuk dipakai pada hari raya atau masjid.

Selepas itu, turut diberikan hadiah buku, haa bukan saja baju tau. Malah, buku pun turut diberikan oleh nya, ada masa bolehlah baca kan pada waktu lapang. Seronok juga baca buku time ada waktu lapang. Betul tak ?

Dan, akhir sekali turut disertakan minyak wangi, maka cukuplah satu set apa yang diisi dalam beg tersebut. Banyak juga ye, bukan saja buku, malah bermacam-macam lagi menda yang diisinya. 3 dalam 1. Banyak juga eh isinya.

Tapi, setelah Jep tunjuk dan terangkan apa yang beliau dapat dari hadiah pemberian Imam Muda Ashraf tu, terus bak katanya, ni marketing ni. Haha, aduhai, tak pasal-pasal jadi video marketing pulak eh, bijak betul cara marketing nya.

Justeru, memang tak dapat dinafikan bahawa setiap pemberian itu adalah sangat berharga bagi si penerima. Biarpun nampak biasa saja, tapi iainya sangat berharga bagi seseorang. Tak perlu habiskan ribuan rinngit pun takpa.

Sumber : Ig Sinar_my

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!