“Bagus Alif, sempat berselawat lagi. Great dik” – Netizen

Hari ini telah berlangsungnya pertandingan akhir bagi acara berbasikal Keirin di mana Malaysia di wakili oleh atlet hebat iaitu Datuk Azizulhasni Awang. Pertandingan berkenaan telahpun berakhir dengan Malaysia mendapat kedudukan kedua dan Datuk Azizulhasni Awang berjaya membawa pulang pingat perak untuk negara. Rakyat Malaysia begitu berbangga dengan pencapaian jaguh berbasikal trek negara itu atas kejayaan tersebut.

Sasaran negara untuk membawa pulang pingat emas menerusi atlet hebat itu tidak menjadi kenyataan apabila atlet yang dikenali dengan nama juluukan “The Pocket Rocketman” itu telah tewas di tangan pelumba Great Britain iaitu Jason Kenny.

Walaupun air muka Datuk Azizul kelihatan sedih dan kecewa selepas perlumbaan kerana tidak berjaya merangkul pingat emas namun rata-ratanya rakyat Malaysia tetap memberikan sokongan padu buat atlet kesayangan ramai itu dan berbangga kerana menyedari Datuk Azizul sudah memberikan yang terbaik serta sudah mengorbankan seluruh jiwa dan raga buat kejohanan sukan Olimpik kali ini.

Seperti juga rakyat Malaysia yang lain, pelakon, pengacara dan penyanyi Alif Satar merakamkan video dirinya sedang bersiap sedia di hadapan televisyen untuk menyokong pelumba basikal negara iaitu Datuk Azizulhasni Awang yang bertanding dalam pertandingan akhir Keirin yang berlangsung pagi  tadi di Tokyo.

Kongsi Alif lagi, beliau merasa sangat tertekan namun teruja menantikan pertandingan akhir perlumbaan basikal tersebut. Walaupun bukan dirinya yang bertanding namun perasaan gementar turut di rasai olehnya sehingga berkali – kali berselawat sebelum perlumbaan dimulakan.

Dapat dilihat di dalam video juga Alif bersorak kegembiraan di atas kemenangan Datuk Azizul. Alif juga turut mengucapkan tahniah buat Datuk Azizul di atas kerja keras atlet tersebut dan beliau berkata semangat Datuk Azizul itu memberikan inspirasi buat dirinya untuk menjadi seperti atlet berkenaan.

Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen meluahkan rasa kecewa terhadap atlet berbasikal Australia yang menjadi punca Datuk Azizul tidak berjaya memecut sekaligus gagal mendapatkan emas dalam acara tersebut.

Kejadian yang berlaku ketika perlumbaan itu bukan sahaja melambatkan Datuk Azizul malahan kesemua atlet daripada negara lain. Berikut dikongsikan pendapat netizen terhadap isu tersebut.

“Jijoe said himself in his iv, he also have no idea what was the australian rider trying to do. He left too much gap and other rider also cannot sprint awal2 nnti pancit. Kenny mesti la sprint awal2 sbb dia tahu dia dah tinggal 10 tiang dah dgn rider lain. Haih nak buat acanoooo. Huhu” – Netizen

“Dia bl0k semua dowh.. saakit hati masa tu.. rasanya dia boleh je pecut kejar kenny. Tp dia hold semua kat belakang.. “ – Netizen

“GB Solo breakaway dan taktikal paling berani … Alhamdulillah Jijoe 2nd placing… kalau dalam pelaton rasanya ada harapan Gold… apa2 sekalung tahniah and proud for them…” – Netizen

Walaupun Datuk Azizul agak berduka kerana tidak berjaya meraih emas namun beliau dikejutkan dengan berita gembira apabila isterinya memaklumkan sedang hamil anak ketiga mereka. Rezeki sudah tertulis Datuk Azizul akan meraih pingat perak buat negara.

Datuk Azizul pun sudah membuat yang terbaik untuk kejohanan kali ini hanya rezeki yang tidak berpihak kepada Malaysia. Untuk kejohanan seterusnya mungkin kita boleh cuba lagi. Doa rakyat Malaysia sentiasa mengiringi Datuk Azizul dan mendoakan kejayaan beliau.

Sumber : ig alif satar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!