Bagi hint episod akan datang, ramai dah xsabar tggu Ean muncul selamatkn Juweta

Alvin Chong merupakan seorang pelakon lelaki yang banyak membintangi drama bersiri melayu. Sejak muncul sebagai pelakon pembantu bersama Fattah Amin menerusi drama Suri Hati Mr. Pilot, nama beliau semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat dan penonton drama melayu. Walaupun berbangsa cina, namun Alvin Chong sangat fasih berbahasa melayu membuatkan drama lakonan beliau tidak kelihatan kekok walaupun memegang watak sebagai lelaki melayu dalam kebanyakkan drama lakonan beliau.

Tidak hanya memberikan tumpuan dalam bidang lakonan, Alvin juga turut menceburkan diri dalam bidang pengacaraan apabila pernah menjadi pengacara bersama menerusi program I Can See Your Voice Malaysia bersama Shuk Hotfm untuk beberapa musim sebelum ini.

Alvin juga aktif sebagai model komersil dan menjadi duta untuk beberapa jenama. Alvin juga mempunyai lagu singlenya sendiri berjudul Sayangku Salmah.

Kebelakangan ini hangat diperkatakan mengenai drama terbaru yang ditayangkan di saluran TV3 iaitu Takdir Yang Tertulis. Alvin turut berlakon di dalam berkenaan sebagai pelakon pembantu lelaki yang membawakan watak sebagai Ean.

Takdir Yang Tertulis merupakan sebuah drama rantaian yang diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin. Selain beliau, drama tersebut juga menampilkan gandingan pelakon Nazim Othman, Nad Zainal dan Elvina Mohamad.

Sudahpun bersiaran sehingga 5 episod, jalan cerita drama semakin meruncing apabila pada episod kelima watak Azlan yang dilakonkan oleh Nazim dan Ruhila lakonan Elvina telah menunjukkan taring apabila telah menghalau Juweta lakonan Nad Zainal daripada rumahnya sendiri.

Walaupun pelbagai cara telah Azlan lakukan untuk menambat hati Ruhila, namun semuanya seolah tiada makna buat Ruhila yang hanya menggunakan dirinya untuk melupakan Ean.

Sejak dari awal Azlan telah menyukai Ruhila namun berkahwin dengan Juweta atas permintaan Ruhila kerana Ruhila mahu menjaga hati Juweta yang menyimpan perasaan terhadap Azlan.  Setelah dikecewakan oleh kek4sihnya Ean, Ruhila akhirnya meminta Azlan untuk mengahwininya untuk melupakan Ean.

Perjalanan drama ini dalam setiap episod membuatkan para penonton yang pada awalnya merasa sangat geram dengan watak Juweta yang tidak menghormati suami berubah menjadi kasihan apabila ditikam dari belakang oleh suaminya Azlan dan rakan baiknya sendiri Ruhila.

Sebagai pengarah beberapa drama popular, Shahrulezad sangat bijak mengolah plot cerita agar setiap watak mampu memberikan emosi yang berbeza kepada penonton. Masih lagi menjadi misteri, sehingga episode kelima watak Ean masih belum muncul di dalam drama berkenaan.

Menerusi Instagram story yang dikongsikan Alvin Ching, beliau membalas komen yang ditinggalkan oleh Nad Zainal bahawa Ean akan membantu Juweta dalam episode yang seterusnya.

Bayangan yang diberikan oleh Alvin itu membuatkan para penonton semakin tidak senang duduk dan ternanti-nanti apakah tindakan yang bakal dilakukan oleh Ean untuk menyelamatkan Juweta dan merubah keadaan dalam episode akan datang.

Menjengah ke ruangan komen di beberapa gambar yang dimuatnaik pelakon itu di instagramnya, netizen bertanyakan mengenai watak Ean yang masih belum muncul dan mahu Ean supaya menyelamatkan Juweta. Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan oleh para netizen.

Berapa lama lagi nak simpan watak Ean ni agaknya. Pengarah drama Shahrulezad memang sangat bijak bermain dengan emosi para penonton.

Harapnya watak Ean tampil memberikan harapan buat Juweta untuk bangkit kembali mendapatkan hak miliknya semula yang telah dirampas oleh Azlan dan Ruhila.

Ramai yang tak sabar menunggu episode berikutnya isnin minggu hadapan. Apa lagi konflik yang bakal berlaku selepas ini dan apakah kesudahan yang bakal berlaku kepada Juweta.

Sumber: ig alvin chong

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*