“Baby senyum mcm pak dia lagi” – Netizen

Nama pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang dahulunya dikenali sebagai pelakon kini semakin menyerlah sebagai seorang usahawan kosmetik. Bukan mudah untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya seperti hari ini. Pelbagai liku yang terpaksa diharungi oleh mereka berdua walaupun ketika itu pasangan ini sudahpun popular sebagai pelakon. Pasangan ini mendirikan rumahtangga pada tahun 2013 dan sehingga kini mereka berdua sudah mempunyai 3 orang anak.

Baru- baru ini timbul desas -desus yang mengatakan bahawa Wawa Zainal kini sedang hamil setelah sebuah video yang memaparkan beliau bersama suaminya Aeril serta anak- anak sedang meraikan majlis sambutan hari lahir anak sulung mereka Ahmad Fakharuddin Attar.

Di dalam video berkenaan kelihatan jelas perut Wawa yang memiliki “baby bump”. Video yang di rakamkan sekitar 2 hari yang lalu itu telah mngalkan tanda tanya kepada para peminat yang teruja ingin mengetahui sekiranya Wawa benar – benar kini sedang hamil anak ke empat.

Tidak menunggu lama, hari ini menerusi instagram Aeril akhirnya telah berkongsi berita gembira tersebut bersama para peminat mereka sekaligus mengiyakan berita kehamilan isterinya itu.

Pasangan tersebut mengharapkan doa yang baik – baik daripada para peminat mereka dan Netizen agar kandungan yang kini sudah pun berusia 6 bulan itu selamat sehingga tarikh kelahiran yang dijangka sekitar bulan Oktober nanti.

Wawa atau nama sebenar beliau Nur Hawa Zainal berkata berikutan keadaan perut beliau yang semakin membesar itu, ramai peminat yang sudah membuat spekulasi serta kerap bertanya menerusi ruangan komen menyebabkan pasangan itu akhirnya berkongsi berita gembira berkenaan kepada orang ramai.

Aeril sendiri kelihatan teruja menanti kehadiran orang baru dan turut meluahkan hasrat beliau yang seterusnya adalah untuk mendapatkan bayi kelima.

Beliau juga sempat mengusik Wawa supaya jangan tutup “kilang” dahulu. Aeril yang bersyukur dengan ketibaan anak keempat mereka itu juga turut meminta doa orang ramai supaya urusan kehamilan isterinya itu dipermudah.

Ruangan komen pelakon berkenaan dihujani ucapan tahniah daripada para peminat yang gembira dengan pengumuman pasangan tersebut. Berikut dikongsikan komen- komen netizen.

Perkongsian Aeril mengenai berita kehamilan isterinya itu sehingga kini telah mendapat sebanyak 656,757 tontonan dan menerima hampir 2 ribu komen daripada para Netizen.

Mudah mudahan urusan beliau sekeluarga dipermudah dan diberikan kelancaran dan proses kehamilan Wawa sehingga tiba tarikh kelahiran kelak.

Sumber : ig aeril zafrel

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!