Ayda nmpk penat mata bengkak, netizen minta Nabil dan Ayda kurangkn “aktiviti malam”

Sudah hampir sebulan Ayda Jebat atau nama sebenar beliau Nur Suhada telah pun selamat bergelar isteri kepada pengacara dan model Nabil Mahir atau nama sebenar beliau Ahmad Nabil bin Ahmad Mahir. Tarikh 1 Januari yang lalu menyaksikan Ayda Jebat dan Nabil Mahir telahpun memeterai tali pertunangan mereka dengan ikatan pernikahan yang sah.

Keputusan memilih tarikh 1 Januari berkenaan dibuat agar memudahkan mereka berdua mengingati hari bahagia. Memandangkan Ayda seorang yang susah untuk mengingati tarikh maka tarikh tersebut sememangnya pilihan yang sangat tepat buat pasngan ini.

Mengimbas kembali detik perkenalan pasngan ini, Nabil mendedahkan setelah beberapa kali mereka berjumpa barulah Ayda memulakan langkah pertama menghantar Direct Message (DM) melalui Instagram kepada beliau. Jika ditanya siapa yang mengurat siapa, Ayda tidak menafikan dan mengakui dirinya yang mengurat Nabil.

Ayda meluahkan rasa kesyukuran beliau dengan kehidupan beliau sekarang yang telah bergelar seorang isteri kepada Nabil. Pasngan pengantin baru ini baru sahaja pulang dari berbulan madu di Langkawi. Ayda sempat merakamkan aktiviti beliau disana dan memuatnaik beberapa aktiviti beliau di sana menerusi instastory buat tatapan para peminat beliau.

Menerusi Instagram Nabil Mahir, beliau memuatnaik video terbaru bersama isterinya membuat ulasan mengenai permainan Lego yang boleh di mainkan oleh seisi keluarga bagi mengisi masa terluang membuat aktiviti bersama keluarga dan orang tersayang.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian netizen adalah apabila wajah mereka berdua kelihatan amat penat dan mata mereka berdua juga sembam menandakan mereka berdua tidak cukup tidur dan sangat letih.

Menjengah keruangan komen, netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap video terkini yang dimuatnaik oleh Nabil itu. Rata-ratanya menyentuh mengenai wajah penat pasngan suami isteri ini dimana mata Ayda dan Nabil kelihatan amat sembam lesu dan letih seperti tidak cukup tidur dan kurang rehat.

Tidak kurang juga netizen yang mngalkan komen-komen nakal yang mengusik aktiviti pasngan suami isteri ini di sebelah malam kerana ketara kelihatan daripada wajah mereka berdua tidak cukup tidur dan amat memerluukan rehat yang mencukupi. Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan oleh netizen.

“Asal bwah mata hitam??X ckup rest ye…Tc tau korang ” – Netizen

“Happy tengok dorang ni. betul tu Ayda nampak penat tapi itu tanda bahagia. Betul” – Netizen

“nampak mata kak ayda tu macam penat..tak pe geng jom kita doakan supaya impian abang nabil tercapai..” – Netizen

“Knp mata bengkak xpuas tidor ke # penat layan nabil mlm2 ye” – Netizen

“Mata sembab macam dah dapat baby kena berjaga malam . The real baby ayda & nabil soon . Aaminnn” – Netizen

“Np ketara sgt nmpk muka penat. Penat sungguh ‘Bekerja’. Take rest both of u” – Netizen

“ayda penat sgt tu. buat apa la agaknya ye “ – Netizen

“Why Ayda muka penat mata x cukup tido.. Aktif sgt ni.. Buat2 lah tido di waktu malam ye.. Take ur time” – Netizen

Ketika ditanyakan perihal mengenai zuriat, Nabil sebelum ini pernah berkongsi hasratnya ingin memiliki 13 orang anak kerana menggemari nombor tersebut.

Beliau dan Ayda sememangnya sukakan budak-budak dan Ayda juga tidak mempunyai masalah sekiranya dikurniakan zuriat segera. Kami semua doakan agar hasrat dan impian Nabil itu akan tercapai tidak lama lagi.

Sumber: ig nabil mahir

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*