“Awk xperasan cantik, mmg terbukti cantik” – Netizen

Izara Aishah merupakan seorang pelakon yang mula menapak dalam industri seni setelah memenangi tempat kedua pertandingan Dewi Remaja. Beliau menyertai pertandingan itu bersama usahawan dan pengacara terkenal Neelofa yang juga merupakan juara Dewi Remaja pada tahun tersebut. Setelah meraih tempat kedua pertandingan Dewi Remaja, Izara telah mendapat tawaran menjadi pelakon. Drama pertama lakonan beliau adalah Vanilla Coklat bergandingan dengan pelakon Aiman Hakim Ridza.

Nama Izara Aishah sudah lama menyepi dari dunia lakonan kerana ingin memberikan tumpuan terhadap keluarga beliau. Beliau mendirikan rumahtangga bersama seorang usahawan yang juga merupakan anak kepada Datuk Khalid Muhammad Jiwa dan Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid. Hasil pernikahan tersebut beliau dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Irisa Alaia yang kini berusia 1 tahun.

Selama penglibatan beliau dalam bidang seni, Izara Aishah mempunyai imej yang bersih dan bebas daripada sebarang isu kntr0versi. Izara juga tegas dengan pendirian beliau yang kurang gemar berkongsi hal peribadi kepada umum.

Disebabkan itulah beliau selesa menutup ruangan komen di media sosial beliau demi mengelak sebarang salah faham antara peminat berlaku di ruangan komen berkenaan.

Terkini menerusi akaun Instagram, selebriti jelita tersebut memuatnaik sebuah video yang memaparkan beliau sedang mempromosikan produk minuman kesihatan keluaran Beausiti. Izara kini telah menjadi sebahagian keluarga besar produk keluaran Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga merupakan ibu mertua beliau sendiri.

Oleh kerana terbatas dengan keadaan semasa dan terpaksa mematuhi perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan kerajaan, Izara yang juga merupakan duta produk berkenaan telahpun membuat video iklan bagi produk tersebut secara kreatif dan ringkas untuk dikongsikan di instagram peribadinya.

https://www.instagram.com/p/CRyHEi_pLvx/?utm_medium=share_sheet

Bagaimanapun menerusi caption hantaran video tersebut, pelakon jelita itu dengan rasa rendah diri memohon agar para pengikut akaun Instagram dan juga penonton video berkenaan dapat menerima aksi beliau dalam video iklan tersebut yang pada pendapat dirinya sendiri adalah perasan cantik. Pelakon drama Jodoh-Jodoh Anissa itu juga berharap netizen dapat menerima video iklan pendek tersebut seadanya.

Menjengah keruangan komen rata-rata netizen menyifatkan selebriti jelita tersebut seorang yang sangat merendah diri apabila mengatakan dirinya perasan cantik walhal dirinya mempunyai peminat yang cukup ramai kerana mempunyai wajah yang jelita. Berikut dikongsikan komen-komen netizen terhadap video pelakon tersebut.

Sehingga kini video berkenaan telah menerima sebanyak 11,600 tanda suka dan sebanyak 162 komen daripada para netizen yang kebanyakannya begitu kagum dengan sikap rendah diri pelakon jelita tersebut.

Izara merupakan seorang selebriti yang sangat merendah diri dan tidak gemar menjadi perhatian. Di sebabkan itulah beliau mempunyai para peminat yang setia mengikuti perkembangan beliau sejak dari dahulu lagi.

Sikap beliau itu mungkin juga di pelajari daripada ibu mertuanya iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga merupakan seorang artis yang kurang terlibat dengan kontr0versi serta cukup menjaga keperibadiannya sejak dahulu lagi.

Sumber : ig izaraaishahofficial

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!