“Awat tak pimpin bini, dah nak sarat tu” – Netizen

Sejak Jun lalu netizen yang mula menghidu tentang berita Neelofa sudah berbadan dua, tidak jemu mengikuti perkembangan selebriti dan usahawan berjaya itu. Apa tidaknya mempunyai ramai peminat dan pengikut, pencapaiannya dalam bidang perniagaan sahaja seakan suatu aura yang menyuntik inspirasi ramai dalam kalangan mereka di luar sana. Itu belum lagi pengikut yang kagum dengan pembawakannya.

Setiap inci perkembangan semasa Neelofa pasti hendak diketahui dan dikongsikan oleh ‘mata-mata geelap’ netizen serta menjadi topik perbualan. Sampaikan suaminya, PU Riz yang tidak memimpin tangannya ketika berjalan pun jadi ‘isu’.

Gamaknya risau dengan keadaan Neelofa yang sudah sarat hamil, terdapat netizen pastinya mengusik dengan mempersoalkan mengapa PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, 26, tidak memimpin isterinya itu..

Apa tidaknya, tidak dapat disembunyikan lagi, baby bump Neelofa memang kian jelas kelihatan sarat. Itu yang dikongsikan dalam video pendek IG lofa.world baru-baru ini yang memperlihatkan wanita jelita itu berada di belakang dalam sekumpulan beberapa orang yang turut PU Riz ada di hadapan sekali.

Yelah… dah beramai-ramai macam tu, tentulah tak mengapa isterinya tersayang ‘ditinggalkan’ sekejap di belakang kan… Takkan sepanjang masa nak ‘berkepit’. Ada-ada saja netizen ni.

Sementara itu, kapsyen posting itu menyebut tentang ‘projek baharu tidak lama lagi’. Projek apakah yang dimaksudkan, tidak dapat pula dipastikan. Sama-samalah pengikut mereka sabar menunggu ya.

Seperti harapan kepada semua ibu hamil lain, apa pun didoakan moga baby dikandung Neelofa ini sihat dan selamat menjengah dunia menjadi penyeri hidup ibu dan bapanya.

Prihatin sungguh netizen ni kan… Yalah ada yang risau sebab ia kandungan pertama. Ramai yang bersetuju perasaan ibu hamil terutama yang sedang sarat haruslah dijangka.

Terdahulu, Neelofa atau nama sebenarnya Neelofa Mohd Noor, 32, dan pendakwah bebas, PU Riz membina mahligai rumahtangga pada majlis tertutup 27 Mac lalu di sebuah hotel terkemuka ibu negara.

Moga tercapai impan PU Riz yang pernah menyatakan hasrat mahu segera menimang cahaya mata dan memiliki zuriat yang bakal menjadi mujtahid akhir zaman atau ahli agama hasil ikatan sucinya bersama Neelofa seperti yang pernah dilaporkan di media.

Sumber : Ig lofa.world

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!