“Aunty belakang tu teruja dengar tazkirah ustaz comey” – Netizen

Jebat Jayden merupakan satu- satunya anak lelaki kepada pasangan Sharnaaz Ahmad dan bekas isterinya Noor Nabila.  Anak kepada pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad dan bekas isterinya itu sering sahaja mencuuri tumpuan ramai dengan keletahnya. Gaya percakapan serta gelagat manja kanak- kanak yang petah bercakap ini begitu mencuit hati netizen. Jebat juga pernah beberapa kali tercalon menerusi Anugerah Meletop bagi kategori Si Cilik Meletop.

Dari seawal usia bayi dan kini sudah semakin meningkat umurnya hampir 5 tahun, gelagat comel Jebat Jayden terus menerus menarik perhatian warganet.

Kanak- kanak comel ini juga mempunyai akaun Instagram yang di wujudkan oleh ibu bapanya untuk memuatnaik kenangan dan berkongsi aktiviti dalam kehidupa seharian buat tatapan para peminat yang merindui gelagat lucu kanak- kanak berkenaan. Sehingga kini akaun Instagram Jebat itu sudah pun memiliki hampir 436 ribu pengikut.

Baru baru ini kehadiran Sharnaaz untuk menghantar anaknya Jebat menunaikan umrah bersama Nabila telah menyentuh hati Netizen.

Walaupun sudah berpisah namun hubungan pasangan ini masih lagi baik antara satu sama lain dan wajar dipuji apabila saling bekerjasama untuk menjaga anak tunggal mereka Jebat Jayden.

Ramai yang terharu dengan tindakan Sharnaaz yang bersikap professional hadir ke lapangan terbang untuk turut serta bersama keluarga bekas mertuanya menghantar anaknya ke Mekah.

Video dan foto- foto Jebat Jayden yang turut serta menunaikan umrah bersama keluarganya juga telah membuatkan ramai teruja.

Menerusi satu perkongsian di Instagram Jebat yang di kongsikan oleh Noor Nabila, satu video yang memaparkan gelagat Jebat ketika di Mekah telah di kongsikan buat tatapan para peminat. Di dalam video tersebut, Jebat berkongsi cerita mengenai kelebihan minum air zam zam yang menguatkan ototnya.

Gelagat Jebat yang tidak henti berceloteh dengan ahli keluarganya itu turut menarik perhatian seorang jemaah wanita arab di sana yang tersenyum memerhatikan kanak- kanak comel tersebut dari jauh.

Kanak- kanak itu juga mempunyai kosa kata yang sangat bagus walaupun adakalanya perbualannya itu begitu mencuit hati dan menghiburkan hati ahli keluarganya.

Menjengah keruangan komen, netizen memuji Jebat yang sangat bijak bercerita. Malahan gerak geri Jebat ketika berceloteh dan meletakan tangan di pinggangnya itu turut di samakan dengan gelagat babanya sendiri iaitu Sharnaaz yang gemar meletakkan tangan di pinggang. Dah sebijik macam baba lah Jebat ni ‘Like father like son’.

Comelnya Ustaz Jebat Jayden ni berceloteh. Menghampiri usia 5 tahun, Jebat merupakan seorang kanak- kanak yang sangat petah bercakap.

Malahan Netizen juga kagum dengan pertuturan Jebat yang sangat lancar dalam bahasa melayu. Bijak sungguh Jebat bercerita.

Sumber: ig jebatjayden

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!