” Asal naik kereta je mesti tidur awak ni ” – Suami

Selalu kita terbaca tentang isu isteri selalu tidur tak teman suami drive bila perjalanan jauh. Rata rata suami ada complain dan ada juga yang sporting. Apa sebenarnya punca isteri suka tidur dalam kereta. Habit ini terjadi majoriti wanita bergelar isteri. Kebanyakkan suami memahami kepenatan isteri sebab wanita di ciptakan dengan kebolehan kemampuan yang luar biasa. Jom kita baca perkongsian dari saudara Farhad di ruangan facebook miliknya yg berjaya mendapat 5.4K share.

ASAL NAIK KERETA JE MESTI TIDUR AWAK NI

Tidur sama serentak, sama 8 jam, sama sedar 16 jam, tapi kalau naik kereta, sekejap je mesti wife tertidur. Tak de pun nak teman husband drive ke apa.

Tuan-tuan, fikiran lelaki tak sama dengan fikiran perempuan. Kita lelaki, tengah2 drive tu pun boleh jadi blank. Kosong. Tau2 je dah sampai destinasi.

Badan jadi auto pilot. Kalau boleh masuk kotak fikiran dalam tu, macam 1 dewan yang besar dan kosong. Jerit hello pun boleh bergema-gema. Fikiran perempuan lain.

Sebelum naik kereta, dia fikir suis seterika dah tutup ke belum? Seterika untuk baju. Baju kotor dah basuh ke belum. Nak basuh guna air. Paip air dah tutup ke belum. Bil air dan elektrik naik nanti.

Nak bayar bil kena pakai duit. Duit kena cari. Mana nak cari duit. Kalau tak ada duit, macam mana nak makan. Nak makan kena minum. Minum apa sedap? Bubble tea sedap kot. Nak bubble tea apa eh? Makan apa sedap dengan bubble tea?

Macam tu lah fikiran nya. Non stop dan sering berkait, umpama wayar yang bercantum tapi terikat sana sini. Tapi bila keadaan dia “terkepit” tak boleh buat apa duduk dalam kereta..

Waktu tu lah otak mula bagi signal untuk slow down. Rest. Dengan sejuk aircond, gegar2 kereta mcm massage chair, tak boleh buat apa2 kecuali duduk..

Waktu tu lah yang sebenar2 nya wife sedang berehat. Memang tak fikir apa2. Wayar2 tadi mula terpisah, keadaan jadi tenang. Berapa jam sangat. Jangan lah dikacau dia berehat.

Kalau boleh bg kusyen, bantal biar dia pluk. Nanti dah sampai destinasi, otak dia kembali bekerja. Apalah sangat drive sorang2 tu. Nanti dah bangun dia juga yang fikirkan makan minum kita, hal urusan kita.

Waktu dia tidur la kita bantai lagu2 Metallica, A7X, Trivium yang keras tu, tapi volume slow lah.

Tapi jangan salah sangka, walaupun diaorg tidur, sensor vibration dia tetap on. Ko tekan sikit 120km/j, nanti akan kedengaran suara sayu2..”Bangggggggg, slow skit bangggg, bahaaya laju2″

Macam tau2 pulak dah lebih had laju 110km/j mamai2 pun..

Manakala ini adalah perkongsian daripada saudara Fhais tentang habit isteri suka tidur dalam kereta

Kenapa Patut Biarkan Isteri Tertidur Dalam Kereta?

Mulanya nampak isteri tertidur saya akan tersenyum sorang-sorang sebab geeli hati asal naik kereta mesti tidur.. tapi lama kelamaan jadi kesian.

Kesian kerana saya tahu dia sedang KEPENATAN !

Sebab itu kalau saya nampak isteri tidur saya tak akan kacau dia, saya akan pandu kereta se-slow yang boleh supaya dia tak terkejut. Biarlah kereta belakang nak hon ke beam lampu ke saya tak kisah.

Jika itu caranya untuk kembalikan tenaga isteri maka itu lah yang akan saya buat, walaupun terpaksa tahan malu dan tahan di maki pemandu lain.

Bukan nak manjakan tapi saya tak mahu berkira tidur dengan isteri.Saya tahu dia bukan suka suka tidur dalam kereta, bukan tak mahu teman kita memandu.

Sebenarnya mata mereka yang tertutup sendiri bukan suka suka tutup. Ini kerana dalam kereta adalah waktu yang paling tenang dan relax bagi kaaum ibu.. seperti berada di pulau..

Sebab apa saya kata begitu?

Sebab bila berada di dalam kereta mereka tak nampak timbunan baju yang belum di lipat, baju kotor dalam bakul, mainan yang berselerak dan sinki yang penuh pinggan mangkuk.

Di rumah sukar untuk mereka berehat kerana setiap kali nak lelapkan mata teringat kerja rumah, baru nak terlena anak pula menangis. Selagi berada di rumah minda mereka stuck dekat mode bekerja.

Hanya di dalam kereta sahaja ‘Mind Of State’ mereka boleh tukar ke mode berehat. Barulah minda dan badan mereka boleh rehat dan recharge. Sebab itu ada masa isteri akan ajak kita keluar jalan-jalan sebab nak berehat dalam kereta.

Saya seru para suami di luar sana, jangan lah kita sindir isteri yang mudah tertidur dalam kereta, biarkan dan sokong mereka tidur kerana itu sahaja masa rehat yang mereka ada. Sampai di rumah nanti mereka dah tiada masa rehat.

Bila terlalu penat minda mereka boleh ‘Lost’ dan melepaskan kepenatan kepada anak-anak, suami dan masakan. Mula lah anak selalu kena tengking, suami kena bebel hal kecil je dan masakan jadi tawar kerana deria rasa dah terganggu.

Apa lah sangat lelap 5 minit dalam kereta jika boleh kembalikan tenaga untuk 5 jam.

Tuan tuan, kalau nampak isteri sedang tak keruan dan bad mood sepanjang hari itu adalah tanda mereka sedang kepenatan. Bawa lah mereka jalan-jalan naik kereta supaya mereka boleh kembali bertenaga dan masak lebih sedap..

Tahu betapa sukarnya ada minda seorang wanita, lelaki kalau nampak baju bertimbum masih boleh baring lagi tapi isteri sesak mata nampak baju tak lipat tu.

Alhamdulillah rata rata suami di malaysia sangat memahami keadaan tersebut dan sangat sporting melayan karenah isteri. Apa pendapat netizen?

” masalahnya bila dah sampai destinasi, dia yg mengadu cakap dia penat, letih perjalanan jauh.”

” Banyak laa aku naik kereta lagi x boleh nak lelap hahahah .. sebab kadang2 laki i suke bawak kete mcm xde org lain dlm kete tu hahah .. kdg2 kalau drive malam aku yg terlebih bukak mata tgok dia terlelap ke tak . Sebab pernah sekali dia terlelap alhamdulillah x xc1dent tau .. takde rest kecuali time layan movie n tido gn anak hahahahha”

” Btol wei…penah bawak mak aku….tgok sebelah dia tido…aku tekan la 140 sebab x tahan nk cepat sampai Tiba2 kena tegur”

” Eh aku x gitu aku suka teman. Jdi mata kedua. Kdg2 lelaki ni lalai time memandu. Kdg2 aku bnyak ckp. Pastu org sblah kata syg tdo lah syg… hahahahahhahaha. Tpi aku lebih suka sembang2 tup2 dh smpai destinasi. Atleast kita bleh tgok sma cara pemanduan. Pantau kelajuan. Sbb aku bkn jnis kaki tdo.”

Sekiranya bermanfaat, kongsikam kepada semua. Terima kasih

Sumber : Fb Farhad Hassan / Mohd Fhais

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*