“Asal comel sngt even umo dah banyak” – Netizen

Mengekalkan wajah yang kelihatan muda bukanlah perkara yang mudah dan murah. Ia memerluk4n konsistensi dari segi penjagaan pemakanan kita dan juga konsistensi dalam pergi ke salon dan spa kecantikan dimana memerluk4n banyak modal kewangan untuk digunakan. Mengekalkan awet muda ini juga penting untuk segelintir masyarakat kerana ia adalah untuk mengekalkan imej untuk pekerjaan merek dan sebagainya.

Siapa lagi yang tidak mengenali pelakon wanita yang sudah lama berkecimpung dalam industri seni iaitu Nora Danish. Dikenali dari drama bersiri Puteri pada suatu ketika dahulu telah menaikkan nama beliau di dalam dunia hiburan.

Sebagai seorang pelakon, beliau juga tidak lari dari pelbagai kontroversi dalam industri. Namun beliau memandang enteng segala yang diperkatakan dek netizen dan lebih fokus pada diri dan keluarga.

Beliau juga sangat bagus dalam penjagaan diri dan kecantikan beliau. Muka beliau yang masih kelihatan seperti dahulu memberi inspirasi kepada segelintir warga netizen.

Sebagai selebriti juga beliau pasti merasakan mengekalkan kecantikan dan awet muda beliau adalah penting kerana ia ang menonjolkan imej beliau sebagai seorang yang berpeng4ruh.

Baru-baru ini, beliau ada kongsikan sebuah video dimana beliau sedang mempromosikan sebuah produk minuman. Apa yang mendapat perhatian netizen adalah lenggok wajah Nora sangat comel dan dilihat sangat muda seperti dulu-dulu.

Walaupun beliau sudah hampir untuk mencecah 40 umurnya, namun beliau tetap kekal aktif dan kekal muda gayanya.

Itulah yang membuatkan segelintir netizen kagum dengan cara beliau mengekalkan imej comel beliau walaupun sudah hampir 40 tahun. Ada juga puji dan bertanya kenapa Nora sangat comel walaupun umurnya sudah banyak.

Sebagai seorang selebriti pasti beliau mahu mengekalkan imej yang terbaik supaya beliau juga masih releven dalam industri hiburan ini. Untuk perkembangan beliau pula, beliau telah mengambil v4ksin penggalak baru-baru ini dan baru sahaja menyambut hari ulang tahun ke 13 anak sulungnya.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!