“Asal cam lagi lawa dari Lopa?”- Netizen

Sememangnya kita semua sudah mengenali seorang icon fesyen Malaysia bernama Neelofa. Selepas menjadi juara Dewi Remaja 2009-2010, beliau mula melangkah sedikit demi sedikit menuju kejayaan didalam industri hiburan dan perniagaan sehingga mendapat tempat di Forbes 30 under 30 Asia pada tahun 2017. Baru-baru ini beliau telah mempromosikan salah satu koleksi baju bernama Scarlet Letter terbaru Brian Khoo iaitu seorang pereka fesyen Malaysia.

Dilihat dari laman instagram Neelofa itu, warna merah telah menjadi warna simbolik untuk koleksi Scarlet Letter. Dalam pada itu, terdapat seorang Youtuber Malaysia bernama Nur Shafiq Naser telah membuat parodi akan fesyen yang dikenakan Neelofa tersebut.

Nur Shafiq Naseer dikenali didalam media Youtube dan instagram atas kebolehan beliau mengedit gambar-gambar artis yang sedang ‘trending’ di media sosial dan menggantikan wajah artis ke wajahnya. Bukan itu sahaja beliau pandai meniru kembali cara tutur kata sesiapa yang sedang hangat diperkatakan oleh netizen. Jadi tidak hairanlah jika Shafiq mampu mengedit mukanya mengantikan wajah di dalam gambar Neelofa tersebut.

Para netizen rata-rata sangat terhibur dengan gelagat Shafiq dan ada juga yang mengatakan beliau lagi lawa dari Neelofa. Betul ke ni?

Sememangnya bila sudah mempunyai bakat didalam edit gambar, rasanya tidak salah untuk menghiburkan orang sekeliling. Cumanya kita harus berhati-hari dan berpada-pada dalam apa sahaja tindak tanduk kita.

Sumber : Ig Nursyafiqnaser

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*