“Arif anak soleh, member mkn popcorn kiri kanan dia boleh tahan”- Netizen

Pemilik nama Nurtria Wulandari atau lebih di kenali sebagai “Tya” Arifin merupakan seorang pelakon wanita yang berasal daripada Indonesia. Kehadiran beliau di dalam industri hiburan tanah air bermula setelah pelakon jelita itu mendirikan rumah tangga dengan Asyraf Khalid yg merupakan anak tiri kepada penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza atau Tokti.

Selain daripada berlakon, Tya juuga merupakan seorang penyanyi kerana pernah menerbitkan sebuah lagu berjudul “Bawalah Aku”. Malahan beliau juga berbakat dalam membuat beatboxing. Kini setelah berhijrah di Malaysia, Tya melebarkan sayap sebagai seorang usahawan jamu.

Perkahwinan beliau bersama Asyraf Khalid berlangsung pada 1 November 2015. Pasangan ini kemudiannya dikurniakan seorang anak lelaki bernama Arif Jiwa yang dilahirkan pada 31 Mac 2017.

Anak kedua pasangan ini iaitu Azzahra Jiwa pula di lahirkan pada 8 Mei 2019. Walaupun Tya sibuk dengan urusan perniagaan serta aktiviti seni, namun Tya masih mampu memberikan tumpuan sebagai ibu apabila sering membuat perkongsian aktiviti beliau bersama anak anak di media sosial.

Adakala kelibat anak anak kepada Tokti dan Datuk Khalid yang juga merupakan adik ipar beliau sering muncul di Instagram serta perkongsian beliau di mana Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa juga meluangkan masa bersama bersama anak- anaknya iaitu Arif dan Azzahra dan membuat aktiviti di rumah mereka bersama -sama.

Keakrabaan hubungan Tya dan keluarga besar beliau juga sering menjadi inspirasi buat para peminat dan pengikut akaun Instagram beliau sendiri.

Buat ibu bapa yang mempunyai anak- anak berusia sekitar  hingga 6 tahun, setelah masuk bulan Ramadhan, ada yang mengambil peluang untuk mengajar anak- anak mengenai rukun Islam ketiga iaitu menjalani ibadah berpuasa di Bulan ramadhan.

Ada yang cuba mendidik dan memberikan pendedahan seawal usia yang boleh supaya anak anak dapat membiasakan diri untuk menahan lapar dan dahaga serta tidak kekok untuk mengerjakan Ibadah berkenaan setelah meningkat dewasa kelak.

Buat Tya pula, di perkongsian terbaru beliau berkongsi pengalaman bersama para pengikut mengenai bagaimana anak sulungnya Arif Jiwa Asyraf menjalani Ibadah berpuasa di atas kerelaan hatinya sendiri.

Menerusi video yang di tunjukkan, Tya dan Tokti meluangkan masa bersama anak- anak untuk menonton wayang. Ketika di dalam panggung wayang, Aafiyah dan adiknya Az Zahra cuba menyuapkan popcorn ke mulut Arif namun tindakan Arif yang menolak pelawaan adiknya dan Aafiyah sendiri untuk makan popcorn amat mengagumkan.

Pada usianya yang masih muda itu, Arif kelihatan berusaha bersungguh- sungguh untuk menjaga puasanya sehingga ke penghujung hari. Arif juga di lihat menutup mulutnya apabila adiknya Az Zahra cuba untuk menyuapkan dirinya popcorn di panggung wayang.

Setelah selesai menonton wayang, Tya berkata dia membawa anaknya itu untuk berbuka puasa di luar. Arif kelihatan rambang mata melihat makanan dan meminta pelbagai makanan daripada ibunya sebagai juadah berbuka. Menerusi ruangan komen, ramai yang memuji anak Tya yang berusaha bersungguh untuk berpuasa. Berikut di kongsikan komen netizen.

Walaupun merasa kasihan dan sebak dengan kanak- kanak tersebut yang cuba seadaya upaya untuk berpuasa, namun pujian juga harus lah di berikan untuk Arif kerana berjaya untuk melengkapkan ibadah puasa berkenaan setakat kemampuan dirinya. Sebak masa tengok Arif minta makanan.

Sumber: ig tya arifin

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!