Ardell lamar Nadzmi Adhwa dgn Al-Quran, “Saya mahu dia khatamkan dan fahami sebelum terima”

Pelakon Ardell Aryana tidak menyangka teman baiknya yang dianggap seperti adik iaitu Nadzmi Adhwa akhirnya menjadi pasaangan hidupnya. Menurut Ardell atau Nurul Hidayah Mohd Amin, 29, Nadzmi ada beberapa kali menyatakan hasrat untuk memperisterikannya namun dia menolak kerana masih belum bersedia.”Saya dah anggap dia macam adik dan kami macam kawan baik, masa susah dan senang ada bersama.

“Dia ada bagi beratus kali hint nak ajak kahwin tapi saya tak bagi jawapan sebabnya saya tak bersedia lagi, rasa banyak kekurangan dan bukan mudah bergelar isteri.

“Sehinggalah selepas hari raya Aidilfitri lalu, saya sendiri merisik dia dan memberi senaskhah Al-Quran untuk dia fahami dan khatamkan,” katanya kepada mStar.

Nadzmi hanya menyerahkan hantaran senaskhah Al-Quran yang sudah dikhatam olehnya.

Pasaangan ini ditemui selepas majlis pernikahan mereka yang diadakan di kediaman keluarga Ardell di Seri Kembangan, Selangor pada Ahad.

Dengan sekali laafaz, pasaangan pelakon ini sah bergelar suami dan isteri.

Ardell menerima hantaran senaskhah Al-Quran dan mas kahwin bernilai RM300.

Ditanya mengenai majlis resepsi dan bulan madu, Nadzmi, 26, berkata mereka masih belum menemui tarikh dan lokasi bersesuaian untuk perkara itu.

Ini kerana mereka terikat dengan beberapa projek dan tugasan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Ardell sendiri melamar dan merisik Nadzmi selepas hari raya Aidilfitri lalu.

“Selepas ini Ardell ada latihan untuk misi kemanusiaan di Yaman dan Syria, manakala saya pula ada penggambaran.

“InsyaAllah bulan Oktober atau November depan baru akan diadakan majlis resepsi… honeymoon? kami mungkin akan menunaikan umrah hujung tahun ini.

“Soal anak pula kami tak merancang, kalau rezeki itu datang awal, kami terima dengan hati terbuka,” ujarnya.

Terdahulu, paasangan pelakon drama Namaku Bdah ini saling mengenali antara satu sama kira-kira lapan tahun lalu.

Sebelum itu, BH melaporkan bermula dengan cinta dalam diam, jodoh akhirnya menyatukan pasaangan pelakon, Ardell Aryana, 28, dengan Nadzmi Adhwa di sini, pada jam 5.31 petang semalam.

Pasaangan ini melangsungkan pernikahan di kediaman keluarga Ardell atau nama penuhnya, Nurul Hidayah Mohd Amin, di sini.

Dihadiri kira-kira 500 tetamu dan sanak saudara terdekat, pasaangan ini dinikahkan Imam Msjid al-Mutaqqin Seri Kembangan, Ustaz Hafiza Hafiz.

Sah dengan sekali laafaz, Nadzmi atau nama penuhnya, Nadzmi Adhwa Nor Adzmi menyerahkan mas kahwin RM300 dan hantaran senaskah al-Quran.

“Alhamdulillah, saya sudah khatam al-Quran yang diberikan Ardell. Dia menyerahkannya ketika bertandang ke rumah keluarga saya di Wangsa Melawati.

“Ketika itu, Ardell datang bersama keluarganya. Perjumpaan itu umpama majlis merisik sesama kami dan keluarga.

“Tiada majlis pertunangan. Sebaliknya, hanya ada majlis khatam al-Quran dianjurkan keluarga saya, Jumaat lalu. Naskhah al-Quran yang sama, selepas khatam dan difahami tafsir dan maksudnya, diserahkan kembali pada hari pernikahan ini,” kata Nadzmi sebaik majlis akad nikah berakhir.

Pada majlis pernikahan itu, pasaangan mempelai berbalas dua dulang hantaran. Akui Nadzmi, dia dan Ardell rapat sejak lapan tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, mereka bertambah erat kira-kira empat tahun lalu selepas berlakon dalam drama Namaku Bdah.

“Selama ini, kami selesa menggunakan istilah sahabat. Ketika itu, kalau ada jodoh, adalah. Selama ini pun, kami tak menolak andai ditakdirkan ada jodoh.

“Ramai yang mendoakan jodoh kami. Akhirnya dimakbul dan dipermudahkan doa peminat dan pengikut Instagram. Ternyata jodoh kuat antara kami selepas masing-masing bersedia melangkah ke alam perkahwinan,” katanya.

Mengenai Ardell, Nadzmi menyifatkan isterinya itu sebagai insan yang sangat istimewa.

“Pada saya, dia insan terbaik pernah hadir dalam hidup. Dia sangat luar biasa. Saya belajar banyak benda dengannya.

“Daripada dia tak bertudung, hinggalah sekarang kami kongsi banyak benda dan masalah. Kami juga berkongsi minat sama bermain bola sepak dan futsal.

“Cara dia menunaikan tanggungjawab dengan menyara keluarga juga membuatkan saya kagum. Ardell kerja kuat untuk memberi kesenangan kepada keluarga.

“Malah, keserasian kami mencetus idea untuk menjalankan perniagaan tudung Alwaadellhijab,” katanya yang pernah muncul dengan single Wanitaku berkisar perhubungan mereka.

Tambah Nadzmi lagi, dia dan isteri tidak menolak soal zuriat. Namun, mereka perlu bijak merancang termasuklah dalam soal berbulan madu kerana masing masing terikat dengan komitmen.

“Selepas nikah, dia (Ardell) akan terbabit dengan misi kemanusiaan di Syria. Saya akan muncul dengan filem Anak Perjanjian Syaitan, tidak lama lagi. Jadi, faktor masa cukup membataskan.

“Bagaimanapun, kalau dipermudahkan, kami tidak menolak rezeki menimang anak dengan cepat. Begitu juga dalam soal berbulan madu dengan hasrat menunaikan ibadat umrah bersama.

“Kami merancang membawa ibu Ardell. Kalau ibu bapa saya hendak ikut sama, kami terima dengan lapang dada,” katanya yang sedang menanti tayangan filem Safari Mall dan Busut Bonang.

Jika tiada aral melintang, pasaangan mempelai ini merancang menganjurkan majlis resepsi, tidak lama lagi.

Sumber : Mstar / BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*