“Apsal bibir makin tebal” – Netizen

Lumrah lah kehidupan seorang artis, memang tak lari dari kritikan dan komen pedas masyarakat. Jadi kalau nak jadi selebriti ni hati kena betul kuat. Kerana setiap gerak-geri, penampilan malah apa-apa perubahan pada diri pasti sentiasa menjadi perhatian netizen. Bila sudah diperhatikan pasti ada saja komen yang diberikan kerana kebebasan mereka sendiri untuk menyuarakan pendapat.

Diva fesyen negara ini memang tak pernah kalah dalam penggayaan dan penampilannya setiap hari. Siapa lagi kalau bukan gerangan pelakon dan model cantik Rozita Che Wan atau mesra dipanggil Che Ta ini. Walau kini usia Che Ta sudah mencecah 50 tahun, namun kecantikannya memang tidak pernah dimamah usia.

Setiap hari ada sahaja fesyen yang berlainan dipakai oleh Che Ta dan semua pasti sudah maklum tentang perkara tersebut. Malah tatarias dan solekan di wajahnya juga tidak pernah lekang. Dia juga terkenal dengan ketebalan bulu mata yang sering dipakainya setiap hari.

Selain Che Ta, puteri bongsunya yang bernama Aaisyah Dhia Rana juga sering menjadi sorotan media dan netizen. Ini kerana Aaisyah terkenal dengan kecantikannya sejak kecil lagi hingga sekarang dan sudah tentunya diwarisi dari ibu dan ayahnya.

Namun, posting video terbaru yang dimuatnaik oleh Che Ta di Instagramnya ini telah mendapat perhatian dari netizen yang perasan terhadap perubahan pada wajah cantik Che Ta ini. Begitu teliti netizen melihat wajah Che Ta sehingga perubahan sekecil itu pun mampu dilihat.

Salah seorang netizen telah meningg4lkan komen dengan mengatakan bahawa bibir Che Ta terlihat lain bentuknya jika hendak dibandingkan dengan sebelum ini. Video tersebut telah menampakkan bibir Che Ta terlihat sedikit tebal berbanding dahulu.

Netizen turut berpendapat bahawa Che Ta sememangnya sudah memiliki kecantikan yang semula jadi. Ada yang menasihati agar Che Ta tidak perlu pun mengenakan solekan yang tebal setiap hari kerana dia sememangnya sudah cantik.

Mungkin sebab filter jadi bibir Che Ta memang nampak agar tebal sedikit berbanding sebelumnya. Walaupun kena komen macam-macam dengan netizen, Che Ta tetap sempoi je tak layan dan hidup dengan caranya sendiri tanpa perlu dengar pendapat orang lain.

Sumber: Instagram Rozita Che Wan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!