“Apooo tak habis habis cerita pasal kahwin ni”- Erra Fazira

Sebut saja nama pelakon dan penyanyi Erra Fazira, anda pasti teringat lakonannya menerusi filem popular Maria Mariana. Bukan setakat berbakat dalam bidang lakonan dan nyanyian, Erra Fazira juga terkenal dengan wajah yang mempesona. Wajah cantik Erra kini pula diwarisi anak perempuannya, Engku Aleesya. Almaklumlah, ibu Aleesya antara bekas ratu cantik Malaysia kan…

Bercerita tentang perkembangan hidup Erra Fazira, sejak semalam ramai berteka teki dengan status sebenar pelakon cantik ini. Hangat diperkatakan di laman sosial media apabila timbulnya khabar angin mendakwa Erra Fazira kini bergelar isteri kedua kepada seorang ahli p0litik.

Khabar itu ternyata mengejutkan ramai netizen. Namun sehingga kini, kesahihan dakwaan berkenaan tidak dapat dipastikan dan tiada pengumuman rasmi daripada pihak Erra Fazira.

Malah kaspyen ditulis Erra menerusi posting terbaru yang dimuatnaik di Instagram telah mencuri tumpuan ramai.

Posting tersebut kelihatan Erra bersama rakan-rakannya aktif berbasikal pada hujung minggu lalu.q

“Dari twitter kami dtg untuk mengetahui berita idola, biar siapa pun jodoh kak erra, lepas ni moga baik baik saja”-Netizen

Selain itu, posting tersebut dibanjiri komen-komen daripada peminatnya dan menerima hampir 30,000 tanda suka.

Kita doa yang baik-baik buat selebriti kesayangan ramai ni ye.. Kalau betul dah berkahwin, memang dah tertulis jodoh kan.. Pape pun, kita tunggu pengumuman rasmi ye

Sumber: Instagram Errafazira

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!