“Apa yg saya buat semua bersebab” – DSV

Jika lazimnya sering tersenyum dan berkongsi keceriaannya di medsos dengan netizen, kali ini lain benar hantaran dikongsikan usahawan sensasi, Datuk Seri Vida atau DSV ini. Beliau tampak lesu dan kecewa sekali. Seperti ada yang mengganggu pemikirannya. Yalah dah nama pun manusia biasa pasti perasaan pun macam air yang ada pasang surutnya. Jika sekali imbas apa yang dikongsikan DSV ini dilihat seolah kecewa dengan situasi semasa dihadapinya kini yang sering berdepan kecaman netizen. Apatah beliau dah semakin tak tahan dengan tekanan mereka di maya itu?

“Saya adalah saya. Tak boleh jadi orang lain. Jangan bandingkan saya dengan orang lain. Apa yang saya buat semua salah di mata orang.” Begitu kongsi DSV di hantaran video memperlihatkan wajah kekecewaannya itu.

Ia diikuti dengan luahannya yang mencoretkan di kapsyen hantarannya itu, “Apa yang saya buat semua bersebab”. Mungkinkah apa yang dimaksudkan DSV itu tentang dirinya yang sering dikatakan macam-macam oleh netizen akhir-akhir ini hingga beliau hendak membela diri.

Jika diperhatikan umpama tak terkira kecaman netizen pada dirinya. Dari k3s ‘kisah cintanya’ dengan bekas pembantu peribadi nya, k3s berkait dengan penyanyi Anuar Zain hingga ditegur biadap oleh kakaknya tapi ia dah selesai, isu overshadow juri program realiti, kecaman beraksi tak padan usia dan tak kurang juga yang terbaru tentang ‘mekap seraamnya’.

Bukan orang biasa-biasa yang mampu menepis kecaman orang ramai. DSV pun sebelum ini umpama menutup telinga dan memejam mata dengan kata-kata nista yang dilemparkan terhadapnya terutama di maya. Kini nadanya berlainan sekali.

Apa pun, ada yang menyambut luahan DSV melalui IG nya itu dengan rasa simpati. Tak kurang juga yang memulangkan paku buah keras dengan mendakwa apa yang dirasakan olehnya itu berpunca daripada dirinya sendiri yang dikatakan sering mencari publisiti. Wallahualam.

Netizen menyarankan agar beliau lebih baik fokus terhadap perniagaannya dan menasihatinya agar bersikap sederhana dalam semua tindakan terutama di media sosial sesuai dengan tahap dan usianya. Ramai juga yang tak salahkan DSV, tapi faham ‘toksik’ ada di mana-mana.

Apa pun moga DSV terus bertabah. Agak menyentuh hati juga apa yang dikongsikan DSV itu. Ya lah… Dah diapun seorang yang unik, mana boleh menjadi diri orang lain. Berkenaan katanya ‘apa dilakukannya itu bersebab’ tidak pula diterangkan oleh DSV.

DSV atau nama sebenarnya Hasmiza Othman lahir pada 24 Oktober 1971 ialah seorang usahawan yang berasal dari Kelantan. Beliau telah menerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Dato’ Sri yang dianugerahkan oleh Tengku Mahkota Pahang ketika itu, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 24 Oktober 2014.

Tak kurang hebat, walau bukan ‘makanannya’ pada 14 Julai 2017, DSV melancarkan single sulungnya yang bertajuk “I Am Me” yang digubah dan dikarang oleh Edry Abdul Halim daripada KRU.

Video muzik lagu tersebut mula tular di internet dengan mencapai lebih daripada 50,000 tontonan selepas dimuat naik ke YouTube dalam tempoh masa dua hari.

Sumber : IG DSV

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!