“Apa lagi nak tayang, silakan” – Netizen

“Kau ni suka sangat belanja”. Ujar salah seorang followers Instagram Janna selepas Janna memuatnaik gambarnya yang dikelilingi bunga sambil berposing sehingga menampakkan ‘longkang’ miliknya seperti yang ditulis oleh warganet. Netizen ni kalau dah bab-bab membawang memang laju je jari jemari menaip komen yang pedas dan terus terang. Ya lah, dah banyak kali persatuan netizen ni menegur cara Janna berpakaian, tapi tetap juga tak berubah. Belum sampai masanya la tu nak memperbetulkan perkara yang salah di mata umum.

Dulu Janna juga pernah ditegur warganet kerana posing gambar yang tidak berapa enak dipandang, apatah lagi dalam kalangan rakyat yang rata-rata beragama Islam.

Namun langsung tidak diendahkan nasihat serta kecaaman para netizen ni. Janna ni memang berhati kebal dan kental. Ayat-ayat kecaaman tu dah sebati dalam diri Janna barangkali.

Kalau nak jadi artis tu, pastikan anda tahan kec4man dahulu kerana disebalik teguran yang membina, terselit juga ayat-ayat kecaaman yang sukar dihadam kalau mntal tak kuat. Kang menangis di bucu katil, takda siapa yang peduli atau nak pujuk.

Foto Janna yang dikongsikan menerusi akaun Instagramnya pada 2 jam yang lalu ini telah memperoleh sebanyak 14,547 likes dan 155 komen dalam masa yang singkat sahaja.

Perkongsian foto untuk tujuan mempromosikan produk White Fluff telah berlaku yang sebaliknya apabila netizen mengambil kesempatan ini untuk menegur posing Janna yang keterlaluan sehingga menampakkan ‘longkang’ pada daadanya. Dulu Janna posing menampakkan pungkok, kali ni menampakkan longkang pula. Hmmm.

Pedas ayat netizen menegur foto Janna ni. Semuanya padu-padu belaka. Boleh keluar asap juga telinga rasanya kalau Janna ditegur depan-depan guna ayat macam ni. Nasib baiklah dekat Instagram, boleh skip je komen netizen ni.

Bayangkan kalau dalam dunia benar, berlaku adegan tarik-tarik rambut juga rasanya. Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan perkongsian gambar Janna ni.

Walaupun ada sesetengah warganet yang teruja dengan produk White Fluff, namun komen-komen kec4man yang ditulis dalam ruangan komen juga tidak terbilang jumlahnya.

Janna memang kalau berkongsi gambar atau video kat media sosial mesti meletup punya. Apa taknya, ada sahaja posing Janna yang menampakkan bahagian tubuhnya. Dah pungkok dan longkang, lepas ni apa lagi agaknya?

Susah jadi kehidupan sebagai artis ni kan? Ada sahaja benda tak kena yang netizen nampak. Tahu-tahu, netizen yang asyik mengata ni juga sebenarnya berposing yang sama juga seperti Janna. Kehkehkeh. Manalah tahu kan..

Mungkin ada kebaikan juga kalau Janna ni berhenti mengongsikan foto serta video yang boleh mengundang banyak kecaaman daripada netizen.

Janna ni dahlah mempunyai followers sebanyak 6.2 million, memang super pantas lah gosip tersebar tentang Janna ni. Atau boleh juga jika Janna tak perlu berposing yang keterlaluan. Sekurang-kurangnya, tak lah juga satu Malaysia heboh tentang ‘longkang’ Janna ni kan.

Sumber: Instagram Janna Nick

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!