Alyn merayu2 dgn Amar. Hingga sanggup serahkan badan. Amar xkan j1lat semula. Rvpanya sejak itu Amar mula berubah

Foto sekadar hiasan.Nama aku Mira. Aku nk ceritakan pasal boyfriend aku. Aku namakan dia Amar. Kiranya kami satu universiti. Tapi aku tak pernah kenal amar sebab amar dengan aku kos berlainan. Amar cakap dia actually memang dah lama usya aku, dia mula perasan aku bila aku tersenyum dekat dia waktu satu program ni. Kebetulan aku urusetia untuk program tu dan dia penonton untuk program tu.

Bila dah lama kenal, amar baru cakap yang dia suka aku. Sejak tu, aku mula rapat and kenal dengan family dia. Abang dia, adik dia dan umi dia. Waktu aku kenal amar ni, aku dah sem last dekat situ. Amar pulak dah habis study. Kira lepas dia dah keluar uni, baru dia cari aku.

Amar sambung study dekat luar negara. Waktu dia dekat sana, aku sambung dekat Malaysia je. Waktu amar dekat sana, amar selalu mengadu dekat aku yang bekas girlfriend dia selalu text dia mintak get back. Tapi dia cakap dia dah ada aku. Ex girl dia zaman sekolah menengah, dorang clash sebab ex girl dia cvrang dengan dia.

Amar ni boleh dikatakan anak orang kaya, so amar cakap waktu amar couple dengan ex girl dia, amar dah habiskan banyak duit beli macam macam untuk ex girl dia. Ex girl dia nama Alyn. Selepas 2 tahun, si Alyn ni cari amar balik. And mintak get back and dia siap janji dia akan berubah and never do the same thing again siap janji akan setia.

Amar tetap tolak dia. Amar cakap amar dah ada aku. Tapi silap amar sebab amar cakap kasar dengan dia. Amar cakap, yang amar takkan jilat balik muntah dia. Mungkin sebab ayat tu, Alyn jadi berdndam dengan amar.

Lepas tu, hampir setiap hari amar akan mengadu dengan aku yang dia skit badan, demam and badan dia rasa dicvcuk. Bila bangun pagi banyak kesan lebam dekat badan dia. Amar pun dah jarang buat solat malam. Selalu malam amar akan buat solat malam. Amar jugak jadi seorang baran dan cepat marah.

Amar bukan amar yang aku kenal dulu. Tapi satu masalah amar dia tak suka bagitahu family dia. So, sebabkan itu, aku yang bagitahu abang dia. Abang dia pun study satu tempat dengan amar. Then abang dia cakap, abang dia ade perasan yang amar nampak tak terurus. Selalu marah and makin krus.

Dengan aku pulak, amar contact tp dia suka marah and baik angin tak tentu pasal. Aku pulak keras kepala, dia marah aku. Aku confirm akan naik angin.

Then, satu hari adik dia text aku. Adik cakap yang umi dia ada bagitahu yang amar ni dah lain. Umi dia selalu nangis sebab amar selalu tengking and marah marah umi dia. Then, dorang decide untuk bawak balik amar ke Malaysia.

By the way, family amar ni ade rumah dekat Australia. So, dorang akan ulang alik Australia dan Malaysia. Adik cakap, setiap malam amar akan mengadu skit dada and rasa macam kena tiikam. Then, akan meng4muk. Amar akan baling phone, tarik cadar dan dia akan tido dekat dalam toilet. Kunci pintu. Solat pun dah tak buat. Tapi kalau aku tanya dia solat ke tak, dia akan cakap dia solat.

Ada satu hari, abang amar text aku, dia hantar semua conversation antara amar dengan alyn. Dalam conversation tu, alyn cakap yang dia nak jumpe amar and alyn ade cakap pasal aku. Kalau dia tahu siape aku, dia akan pastikan aku menyesal sebab couple dengan amar. Terkejut aku bila membacanya.

Abang dia cakap amar mintak teman dia jumpe alyn and abang dia pesan dekat aku suruh aku jaga jaga and amalkan almathurat untuk pendinding aku. Amar tak pernah bagitahu aku pasal conversation tu and amar jugak tak bagitahu aku pasal dia nak jumpa alyn.

Amar jadi makin teruk lepas dia jumpe alyn. Dia suke duduk sengsorang, taknak makan, and suke duduk dalam keadaan gelap dan semak. Siapa yang kemas bilik dia, dia akan meng4muk. Satu hari, amar cakap dekat aku yang dia rasa tak tahan sangat. Dia rasa macam nak bnuh diri. Aku suruh dia istighfar and suruh dia pegi ambik wudhuk. Aku suruh dia solat sunat.

Aku cakap dekat dia kalau skit baca ayat qursi and selawat banyak. Mudahan syafaat nabi muhammad sikit sebanyak dapat bantu dia. Dia diam. Dia cakap ayat qursi macam mana, pastu dia gelak. Serius waktu ni aku dapat rasa yang amar memang dah lama tak solat and tinggal alquran.

Aku suruh amar follow aku baca. Aku pun start baca ayat qursi, amar follow sampai ayat ke 3-4. Lepas tu dia jerit and jerkah aku suruh diam. Macam biasa, aku kan keras kepala. Aku teruskan baca sambil dekat hati aku, aku berharap sepenuhnya dekat Allah untuk bergantung. Then, amar terus tutup phone.

Seminggu jugak aku tak contact amar. Aku cuba contact, tp amar tutup phone. Aku keep update dekat adik or umi dia pasal amar. Umi cakap, amar proses berubat, ustaz yang ubatkan amar cakap amar terkena yang kuat. Ustaz tu belum jumpe penghujung lagi. Waktu berubat tu, amar muntah and macam macam keluar rambut, kaca, paku, serpihan buluh and macam lagi.

Sampai sekarang amar still buat rawatan. Lepas amar dh sihat sikit dia contact aku minta maaf everything. Aku faham condition dia, dia bukan mintak jadi macam tu. Aku yakin itu bukan diri amar, and dia cakap dia still buat rawatan lagi sebab ustaz belum jumpe penghujung.

Amar ade bagitahu aku, pasal dia jumpe alyn. Alyn merayu dekat dia sampai alyn cakap kalau untuk tebus kesalahan dia, dia sanggup gadaikan badan dia untuk amar asalkan amar terima. And alyn ade cakap ape lebihnya aku sampai amar tak bole tinggal aku. Tapi amar taknak citer dia cakap ape dekat alyn sebab dia takut aku perasan.

Baru baru ni, amar cakap dengan aku yang alyn text dia, cakap dia akan pastikan aku tak dapat amar and dia akan buat amar mti tapi sebelum tu dia nak tengok amar skit and tersiksa dulu. Dia cakap buat la macam mana pun, dia takkan henti buat amar sebab dia cakap amar tak terima dia and first time dia rasa skit kena tolak dengan orang. Selama ni, takde orang yang pernah tolak cinta dia (Alyn).

Lisa via Fiksyen Shasha via edisimedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*