Aliff Syukri teringin berduet dgn Faizal Tahir dan Anuar Zain

Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri menyimpan hasrat untuk berkerjasama dengan dua penyanyi lelaki popular, Anuar Zain dan Faizal Tahir. Sebelum ini, Aliff menonj0lkan bakat nyanyiannya menerusi beberapa lagu seperti Abang Nak Tegur, Bobo di Mana, Biar Apa Orang Kata dan Jom Raya. “Sejujurnya, saya teringin nak berduet dengan Anuar Zain atau Faizal Tahir. Mereka popular dan berbakat… Saya rasa saya boleh mengembangkan bakat seperti mereka.

“Paling tidak pun, saya mahu berduet dengan Ismail Izzani kerana dia salah seorang bakat baru yang mempunyai populariti dan bakat yang baik dalam bidang nyanyian,” kata Aliff.

Baru sahaja melancarkan lagu terbaru berjudul Cowok Baru, Aliff bekerjasama dengan Upiak Isil dan Lucinta Luna.

“Lagu ini sebagai pemangkin untuk saya mengembangkan bakat nyanyian di Indonesia. Lagu ini dipasarkan oleh Datu Entertainment dan kini saya merupakan artis rakaman di bawah baungan mereka.

“Saya tak sabar kerana syarikat rakaman saya mempunyai perancangan yang baik untuk mengintai pasaran muzik di sana. Muzik video lagu ini juga telah menjalani penggambaran di kota Jakarta, Indonesia dan saya sendiri yang mengarahkannya,” katanya lagi.

siapa dah tgok dan dengar lagu abg?? .
yeahh abg dah jadi artisas rakaman. Macam mana dgn kemerduan suara abang.. pasti anda akan teringat ingat yang suara abang yang merdu ini.. syukur alhamdulillah hari ini adalah hari yang sangat bertuah buat abang ini kerana abang telah menjadi artis rakaman datuentertainment ..

paling berpengaruh dimalaysia dikiri kanan abg adalah bos syarikat nama dia hadi_rumnan dan seorg lagi yg handsome tu ig di r.amin93 .. . insya-Allah lagu ini akan meletop di Asia Tenggara termasuk Thailand Indonesia dan juga pilipin doakan abang berjaya dan lagu cowok baru ini menjadi trending dan menjadi pilihan anda di semua platform digital..

yg diruruskan oleh datuentertainment syarikat rakaman no1 paling terbaik.. follow jee ig datuentertainment nak tngok lagu meletop di malaysia dan indonesia..

Kami mendoakan semoga Datuk Aliff teruk sukses untuk mengembangkan karier dlm bidang nyanyian.

Sementara itu, kosmo melaporkan penyanyi kelahiran Malaysia yang membina nama di Indonesia, Baby Shima tidak menyangka teguran ikhlas terhadap vokal Datuk Aliff Syukri dalam single terbaharu berjudul Cowok Baru menerima reaksi negatif usahawan itu.

Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli, 27, yang popular sebagai penyanyi dangdut di negara seberang memberitahu, dia tergerak hati membuat teguran tersebut selepas Aliff meminta pengikut Instagramnya memberi komen jujur dalam menilai lagu berkenaan.

Menurut Baby Shima, muzik dan melodi lagu berkenaan sudah cukup bagus namun sayangnya, vokal Aliff dirasakan seperti tidak sesuai dengan lagu bergenre dangdut tersebut.

Meskipun begitu, Baby Shima yang dihubungi Kosmo! semalam tidak menganggap dirinya sudah cukup hebat sebagai penyanyi, sebaliknya hanya mahu melihat penyanyi dari Malaysia diterima baik oleh peminat di Indonesia.

Mengapakah Baby Shima membuat teguran berkenaan vokal Aliff Syukri secara terbuka dalam Instagram?

BABY SHIMA: Saya membuat teguran dalam ruangan komen Instagramnya selepas Aliff Syukri sendiri meminta pengikutnya memberi komen yang jujur berkenaan lagu baharunya.

Adakah anda terkejut selepas menerima reaksi negatif daripada Aliff Syukri berkenaan komen tersebut?

Saya memang terkejut kerana dia yang meminta komen jujur, tetapi tidak dapat menerima teguran. Saya hanya kasihankan dia kerana dikelilingi orang yang suka membodek dan memberi pujian tidak ikhlas.

Bagaimanapun Aliff telah mempersoalkan kredibiliti dan kemampuan vokal anda gara-gara teguran tersebut?

Saya sedar bukanlah seorang penyanyi yang bagus dan masih baharu walaupun telah hampir dua tahun membina karier di Indonesia. Pada masa sama, masih banyak ilmu yang perlu dipelajari. Jika dia tidak dapat menerima teguran tersebut dengan hati yang terbuka, saya tidak kisah. Itu hak dia. Cuma untuk meneruskan kelangsungan karier dalam apa juga bidang sekali pun, kita harus sentiasa memperbaiki diri.

Adakah teguran dibuat kerana anda bimbang dengan imej penyanyi Malaysia di Indonesia?

Lagu tersebut dibuat untuk pasaran di Indonesia. Jadi, sebagai penyanyi Malaysia yang mencari rezeki di Indonesia, seboleh-bolehnya saya mahu karyawan kita diterima baik oleh peminat di sana. Saya mahu orang Indonesia memandang tinggi dengan bakat-bakat dari Malaysia. Bagaimanapun terpulang kepada peminat untuk membuat penilaian.

Apakah nasihat anda kepada golongan usahawan yang ingin bergelar penyanyi?

Berdasarkan pengalaman saya yang tidak seberapa, setiap penyanyi perlu memasuki kelas vokal. Penyanyi yang memiliki vokal hebat pun masih menghadiri kelas vokal. Selain itu, harus memilih lagu dan genre yang bersesuaian dengan tahap vokal masing-masing.

Boleh kongsikan perkembangan terbaharu karier seni anda?

Saya bakal melancarkan single terbaharu berjudul Pura-Pura Bujang sekitar September ini di Malaysia. Selebihnya, saya masih berulang-alik antara Malaysia dan Indonesia untuk memenuhi persembahan pentas.

Sumber: gempak / kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*