“Alhamdulliah adik, semoga lancar semua urusan” – Zizi Kirana

Bagi semua pasangan yang telah lama menunggu detik untuk menjalinkan ikatan sah bersama dengan teman wanita atau teman lelaki pilihan hati masing-masing, sudah semestinya musim pndmik cvd sejak tahun lalu lagi merupakan cabaran terbesar buat mereka. Mahu bertunang atau berkahwin pun ragu-ragu, takut penyebaran v1rus ini berlaku dalam kalangan individu yang terlibat. Ada pasangan yang terpaksa menundakan impian mereka ini. Apa boleh buat, bersabar sahajalah.

Tapi syukur, kerana sejak kebelakangan ini k3s aktif penyaakit ini telah banyak berkurangan berbanding pada fasa permulaan setelah hampir 90 peratus rakyat Malaysia telah menerima vksin d0s 1 dan 2.

Banyak pasangan yang sebelum ini terpaksa menghentikan niat sementara untuk bertunang atau berkahwin, akhirnya berjaya menunaikan hasrat hati masing-masing. Seperti rapper Malaysia terkenal Yonnyboi dengan pasangan pilihan hati sendiri, berjaya melangsungkan pertunangan pada hari ini, 9 Oktober 2021.

Yonnyboi mengongsikan foto pertunangannya dengan wanita pilihan hatinya, Nik Nazira pada dua jam yang lalu. Foto yang dikongsikan Yonnyboi menerusi akaun Instagramnya itu jelas menampakkan wajah berseri-seri pasangan tersebut, sambil Nik Nazira menunjukkan jarinya yang telah disarung dengan cincin.

Yonnyboi yang tampaknya begitu bersyukur dengan pertunangannya ini sempat meluahkan rasa hatinya dalam ruangan caption postingnya.

“Saya bukanlah orang yang mempercayai kewujudan cinta, tidak seyakin dan segembira ini.

“Saya tidak pernah merasa seperti ini sebelum berjumpa dengan awak. Jiwa saya berdegup kencang setiap kali bersua muka dengan awak.

“Saya sebenarnya tidak begitu memahami frasa “butterflies in my stomach” sehingga saya bertemu dengan awak.

“Saya mencintai awak selama-lamanya Nik Nazira,” ujar Yonniboy dalam sebahagian luahan hati menerusi ruangan caption foto perkongsiannya.

Foto perkongsian pertunangan pasangan ini berjaya mendapat sebanyak 44,058 likes dan 728 komen yang mana rata-rata kawan artis serta warganet mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Yonniboy dan Nik Nazira atas pelangsungan pertunangan pada hari ini.

Selebriti terkenal seperti Zizi Kirana dan Zizan juga turut serta dalam memeriahkan lagi ruangan komen perkongsian Yonniboy ini.

Rata-rata netizen turut tumpang gembira semasa mendengar berita gembira ini. Tidak kurang, ada peminat Yonniboy yang berasa terharu apabila status Yonniboy daripada single kini telah bertukang menjadi tunang orang.

Tahniah buat pasangan Yonniboy dan Nik Nazira. Semoga ikatan pertunangan kukuh hingga ke jinjing pelaminan seterusnya hingga ke anak cucu.

Sumber: Instagram Yonniboy

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!