“Alhamdulillah, sy sudah sah sebagai suami kpd Zizi Kirana” – Yusuf Bahrin

Setiap manusia telah ditakdirkan suatu masa untuk bertemu dengan jodoh mereka masing-masing. Begitulah yang dilalui oleh penyanyi Zizi Kirana setelah bertemu dengan jodoh pilihannya iaitu selebriti Yusuf Bahrin. Pasangan ini telah selamat bernikah pada hari ini dalam suasana yang cukup sederhana. Sama cantik sama padan buat kedua pasangan ini. Tahniah Zizi dan Yusuf.

Zizi sah bergelar isteri kepada Yusuf dengan sekali lafaz pada pagi ini. Majlis pernikahan mereka diadakan secara tertutup bagi mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Zizi kelihatan cantik berbusana hitam klasik sentuhan pereka fesyen, Shanell Harun dan hasil solekan daripada Datuk Alha Alfa.

Zizi mendedahkan beliau bakal menamatkan zaman bujangnya menerusi satu posting terkini di Instagram miliknya. Zizi memuatnaik foto passport dirinya bersama Yusuf dengan kapsyen bertulis “Bismillahirahmanirahim”.

Sementara itu juga, menerusi laman instagram Yusuf, beliau memuat naik status menyatakan yang beliau sudah sah mengahwini Zizi Kirana.

Posting Zizi telah dibanjiri ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminat-peminatnya.

“Alhamdulillah Ziiz dah bertemu jodoh, syukur, Sesuai sangat tengok diorg berdua ni”- Netizen

Zizi dan Yusuf difahamkan telah mula berkenalan pada awal tahun ini sejak rakaman All Together Now Malaysia kemudian membuat keputusan untuk mengenali hati budi masing-masing sebelum meneruskan fasa ke alam perkahwinan.

Tahniah buat Zizi dan Yusuf. Semoga perkahwinan mereka kekal hingga jannah.

Sumber: Instagram Zizikirana

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*