Alhamdulillah, setelah setahun LDR, akhirnya Dayah Bakar kembali bersatu bersama suami

Kisah pengacara Dayah Bakar atau nama sebenar beliau Nur Hidayah Abu Bakar yang menempuhi perjalanan kehamilan dan bersalin seorang diri tanpa kehadiran suami tersayang telah mendapat liputan meluas media kerana ramai yang tersentuh dengan sikap tabah dan kental seorang isteri yang terpaksa berpisah dengan suami tersayang disebabkan tugas terhadap negara. Suami Dayah merupakan seorang anggota tentera dan telah menerima tugasan untuk bertugas di Australia pada awal tahun 2020.

Sudah menjadi lumrah bergelar isteri kepada anggota tentera, mereka terpaksa berk0rban untuk melepaskan suami menabur bakti kepada negara. Isteri terpaksa reda dan tiada pilihan selain menyokong tugas besar suami berkhidmat untuk negara.

Bekas pengacara Borak Kopitiam ini telah melangsungkan perkahwinan dengan Kapten Hanif Hamidi pada tahun 2018 dan dikurniakan seorang anak lelaki pada Ogos 2020.

Sepanjang tempoh kehamilan dan kelahiran anaknya, beliau dan suami tidak dapat berjumpa kerana kekangan pndemik C0vid19.

Bagaimanapun baru-baru ini Dayah telah membuat keputusan untuk berangkat ke Australia untuk membawa anak mereka bertemu bapanya buat kali pertama.

Dayah meluahkan rasa syukur kerana dia dan anak lelaki mereka bakal bersatu dengan Kapten Hanif tidak lama lagi.

Telahpun berusia genap 5 bulan, pasti Kapten Hanif juga menghitung hari untuk bertemu Dayah dan anak lelaki mereka iaitu Achbar Muhammad Fahri setelah Dayah dan anaknya itu telah selamat tiba di Australia dan selesai menjalani kuarantin. Difahamkan Dayah dan anaknya akan menetap di Australia bersama Kapten Hanif.

Menerusi muatnaik terkini di Instagram peminat Dayah iaitu Dayahlova, personaliti televisyen tu telah selamat disatukan dengan suaminya. Instagram tersebut telah memuatnaik sekeping gambar Dayah berdakapan bersama anak dan suaminya.

Rata-rata netizen meluahkan rasa syukur di atas pertemuan tersebut dan berkat kesabaran Dayah, akhirnya mereka bertiga bertemu juga.

Warga maya juga begitu tersentuh melihat gambar tersebut dan dapat merasakan kesedihan yang luar biasa kerana menanggung rindu serta memahami waktu sukar yang terpaksa ditempuhi oleh Dayah.

Berikut dikongsikan beberapa ucapan kesyukuran oleh warga maya dan mereka turut tumpang gembira dengan penyatuan keluarga tersebut.

Berjauhan dengan suami ketika sedang sarat mengandung dan saat melahirkan cahaya mata adalah satu perkara yang sangat sukar dilalui oleh seorang isteri. Setahun merupakan tempoh yang sangat panjang. Pertemuan terakhir mereka adalah pada awal tahun 2020.

Sepanjang tempoh itu Dayah terpaksa mengharungi saat-saat manis kehamilan anak pertama tanpa kehadiran suami disisi. Mudah-mudahan selepas ini Dayah dan anaknya dapat melalui kehidupan baru di Australia bersama suami dengan gembira.

Sumber: ig dayahlova

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*