“Alhamdulillah selamat pengantin baru sam”- Netizen

Pasangan selebriti Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin antara suami isteri yang sentiasa ceria dan happening. Tatkala melihat posting mereka di Instagram masing-masing pasti menghiburkan ramai pengikutnya dengan perkongsian video atau gambar mereka sekeluarga. Ada saja gelagat suami isteri ini yang mencuit hati dan jarang mengecewakan peminat mereka. Lawak spontan je Sam dan Syatilla ni…

Melihat pada perkembangan Sam dan Syatilla, Syatila sibuk menguruskan perniagaan produk kosmetiknya manakala Sam pula dilihat kurang aktif berlakon memandangkan beliau kini lebih fokus pada perniagaannya sendiri.

Dalam kesibukan menjalankan perniagaan, Sam dan Syatilla masih aktif berkongsi video gelagat mereka suami isteri.

Terbaru, video yang dimuatnaik Sam menjadi tumpuan ramai netizen apabila sejak akhir akhir ini Sam kerap berpakaian baju melayu lengkap untuk pergi ke tempat kerja seperti yang dikongsi di Instagram miliknya.

Tak dinafikan, Sam cukup bagus kerana masih mengekalkan pemakaian tradisi baju melayu meskipun ramai netizen mengusik Sam yang dilihat seakan-akan mahu berkahwin lagi.

Kebiasannya baju melayu kan hanya dipakai ketika perayaan aidilfitri dan pernikahan saja, betul?

Dalam pada itu, video tersebut juga menunjukkan Syatilla membantu menggosok baju melayu milik suaminya dan menyiapkan pakaian buat Sam.

“Nak jual baju melayu dah sam ni, caya lah cakap aku, suka lah tengok ampa berdua ni, sweet”- Netizen

Video Sam telah menerima 253,000 tontonan sejak dimuatnaik Isnin. Rata-rata netizen terhibur dan berteka teki mengatakan baju melayu antara produk yang bakal dikeluarkan Sam tidak lama lagi.

Sumber: Instagram shaheizy_sam

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!