“Alhamdulillah, akhirnya saya pregnant” – Che Ta

Pasangan romantis dan sepadan yang satu ini sentiasa mendapat perhatian dari para peminat dan juga netizen yang sudah pastinya mengikuti perjalanan kisah cinta mereka sejak awal percintaan sehingga kini. Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini dahulunya terkenal dengan hubungan mereka yang dibina dengan jarak umur yang ajak jauh berbeza iaitu 11 tahun.

Memilih tarikh 13 Disember 2013 sebagai tarikh istimewa mendirikan rumah tangga, tidak sangka msjid yang dibina kini sudah mencecah lapan tahun lamanya. Baru-baru ini juga Che Ta dan Zain Saidin dilihat telah menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka berdua yang ke lapan tahun dan turut ditemani anak-anak dan keluarga tersayang.

Sebelum ini negara gmpar dengan perkahwinan yang ingin dibina pasangan selebriti ini sehingga telah mendapat tajaan perkahwinan dari ramai pihak dan mencecah jumlah hampir RM 13 juta. Majlis gilang-gemilang itu telah disambut meriah oleh rakan artis dan keluarga bertempat di Setia Alam Convention Centre yang telah menjadi saksi penyatuan cinta pasangan secocok ini.

Bukan sahaja mereka berdua, anak bongsu kepada pasangan ini iaitu Aaisyah Dhia Rana juga sering menjadi tumpuan dan perhatian dari netizen dan peminat yang suka melihat gelagat Aaisyah yang lucu itu. Bukan sahaja bijak dan lucu, Aaisyah juga terkenal dengan rupa parasnya yang cantik dan comel sejak dari kecil lagi.

Terkejut dengan posting terbaru dari Che Ta di laman Instagramnya dengan memuatnaik gambar ujian kehamilan, para peminat menduga bahawa Che Ta kini sedang berbadan dua. Bukan sahaja gambar, kapsyen dari Che Ta yang mengucapkan syukur pada awal ayat juga telah mengejutkan ramai orang yang membacanya.

https://www.instagram.com/p/CXgMbedFpW0/?utm_medium=copy_link

Tidak menyangka ia hanya sebuah iklan promsi semata-mata, ruangan komen telah dibanjiri dengan ucapan tahniah juga tidak lupa mereka yang masih tidak percaya dengan khabar yang disampaikan itu.

Gambar itu ternyata hanya  merupakan gambar dari seorang pelanggan kepada produk yang dipromosikan oleh Che Ta tersebut.

Ternyata ramai yang masih menunggu khabar gembira itu benar-benar menjadi kenyataan. Ini kerana mereka mengatakan Aaisyah tidak sunyi dan mempunyai adik untuk bermain sama disebabkan abang-abangnya yang kini sudah meningkat dewasa dan sibuk dengan kehidupan masing-masing.

Jika ada rezeki dan masih mampu untuk menjaga, tidak ada salahnya jika Che Ta memasang niat untuk berbadan dua sekali lagi. Pasti ramai yang bakal teruja dan menantikan detik-detik itu akan terjadi.

Sumber: Instagram Rozita Che Wan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!