“Alhamdulilah tumpang happy dari org kk, tahniah Tiro” – Netizen

Kumpulan Tiro dinobatkan sebagai juara maharaja lawak mega 2021 ,sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 ,dan trofi. Kumpulan Tiro disertai oleh Danial,Sharif,dan Syaiful. Dengan tema bebas dan muzikal, mereka memberikan dua persembahan yang bertenaga dan berjaya mengutip 10 HA . Manakala kumpulan Puteh naib juara ,dan Boro berjaya mendapat tempat ketiga.

Kumpulan Tiro berjaya mengumpul markah tertinggi,dan dianugerahkan Anugerah Lawak Pedas Tak ingat Adabi. Mereka memenangi wang tunaj berjumlah RM1000 dan produk Adabi yang berjumlah RM500 .

Format pemarkahan yang digunakan MLM2021 sebanyak 70 peratus daripada juri ,dan 30 peratus daripada jumlah undian peminat dan penonton. Melalui undian secara dalam talian.

Program MLM2021 yang popular di astro warna. Pengacaranya Datuk AC Mizal,Datuk Rosyam Nor selaku ketua juri, Diana Danielle, Noh Hujan dan Uqasha Senrose juga juri tetap.

Meskipun hanya melawak meniru gaya artis,danial tetap meneruskan cara melawaknya. Tidak berputus asa dan inilah hasilnya. Masih ada yang tidak gemar kepadanya. Namun kejayaannya sekarang bersama bergandingan hingga menaikkan nama Tiro seba

Dalam edisi malam tadi,kali ini MLM2021 tampil dengan kelainan apabila meletakkan ikon MLM2021, ‘Sang Bara’ sebagai juri tambahan.Sang bara pula hanya dapat didengari suara sahaja. Ikon naga sebagai maskot,tetapi di akhir rancangan,akhirnya pertanyaan siapakah disebalik suara tersebut telah terjawab.

Pentas Akhir MLM 2021 telah mendedahkan siapa sebenarnya Sang Bara. Pelakon Sharnaaz Ahmad sebagai ‘Sang Bara’ yang menjurikan bintang MLM 2021 secara misteri selama 10 minggu.

Namun rata-rata netizen telah dapat menjawab teka-teki tersebut. Sungguh hebat-hebat netizen sekarang. Dari suara boleh mengenali ye korang.

Diucapkan tahniah kepada Tiro dan semua pemenang. Semua memang hebat-hebat belaka. Semoga semua berjaya dalam apa jua bidang yang anda semua ceburi.

Sumber : ig syaiful_zero

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!