“Alamak Tony Stark hero la, best best” – Netizen

Sudah menjadi kebiasaan perjalanan karier didalam dunia hiburan, industri hiburan sudah memang seperti itu. Dimana ia berpusing-pusing dengan ahli yang sama saja. Begitu juga jika seorang penyanyi akan dibawa ke dunia lakonan, jika dunia lakonan disuruh menyanyi pula. Untuk melihat apa yang peminat mahukan, untuk melihat apa yang mampu seseorang penghibur itu jayakan.

Ramai penyanyi yang mula berkecimpung didalam dunia lakonan, antara Siti Nordiana atau M4der dan juga Sham Visa.

Selain itu, seperti Alif Satar, Black Hanifah dan juga ramai lagi yang telah mulakan kerjaya dengan lakonan selepas menyanyi.

Berbalik kepada M4der dan Sham Visa, mereka digandingkan kali ini dalam drama terbaru yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Sudah ramai mengetahui tajuk drama tersebut ialah  Selamanya Suri Cinta. Sebelum ini M4der yang kerap digandingkan dengan Alif Satar dan juga Khai Bahar.

Pernah juga digandingkan dengan Zarul Umbrella. Produksi drama tersebut ialah Suhan Movies. Nantikan tayangannya dikaca tv anda. Semua antara penyanyi asalnya kini sudah mula berlakon.

Kalau semua penyanyi berlakon, bolehlah buat teater muzikal dengan gabungan mereka. Pasti meriah. Ramainya yang tidak sabar menantikan drama tersebut ditayangkan. Rasanya baru mulai membuat penggambaran. Sudah mendapat sambutan.

Antara komen netizen ialah mengatakan bahawa Sham Visa iras dengan pelakon hollowood iaitu watak Tony Stark didalam filem Avengers.

Ada netizen kata kenapa terlalu jarak umur untuk menjadi watak pasangan Mader, namun jika muda mereka akan kata terlalu muda. Ada-ada saja netizen.

Sumber: ig sitinordiana

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!