“Alalahlalah so sweet, bgtau la berapa amaun teww, jgn la segan2” – Rita Rudaini balas kenyataan Aidil Zafuan

Tular hari ini mengenai respon balas pemain bola sepak jdt iaitu Aidil Zafuan terhadap tuduhan yang dilemparkan oleh netizen terhadap beliau bahawa beliau tidak menunaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa kerana tidak memberikan nafkah kepada anak-anak beliau yang kini berada dibawah jagaan bekas isteri beliau yang juga merupakan pelakon popular Rita Rudaini.

Aidil berkata masyarakat telah menuduh beliau tidak memberikan nafkah kerana pihak bekas isterinya itu tidak memberikan penjelasan lanjut berhubung perkara tersebut sehingga menimbulkan keraguan orang ramai terhadap beliau dan mengatakan beliau seorang bapa tidak bertanggungjawab.

Sebagai rekod, Aidil Zafuan yang merupakan seorang pemain bola sepak kebangsaan sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga dengan pelakon Rita Rudaini dan hasil pernikahan itu Aidil mempunyai 2 orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Hubungan Aidil dan Rita tidak bertahan lama apabila mereka berdua membuat keputusan untuk bercrai pada tahun 2013. Setelah berpisah dengan Rita, Aidil kemudiannya mendirikan rumahtangga bersama Zarema Zainal dan kini mempunyai 2 orang cahaya mata.

Baru-baru ini Rita telah mendedahkan tidak dapat membuat tuntutan perlepasan cukai bagi perbelanjaan keperluan persekolahan anak-anak dan berkata Aidil telah membuat tuntutan berkenaan walaupun kedua orang anak hasil pernikahan sebelum ini berada dalam jagaan Rita.

Terkesan dengan tuduhan yang kurang berasas itu, Aidil tampil memberikan kenyataan berhubung isu berkenaan. Aidil berkata kurang wajar untuk beliau bercerita lebih lanjut mengenai urusan peribadi beliau dan bekas isterinya itu menerusi media sosial dan akan membuat perbincangan bersama pihak peguam untuk tindakan selanjutnya.

Kenyataan balas Aidil itu dibuat menerusi satu posting Instagram dimana beliau memberikan penjelasan secara panjang lebar dan beliau hanya tampil untuk mempertahankan diri kerana telah lama berdiam diri.

Ujar Aidil lagi adalah tidak manis untuk mencanang perihal peribadi kepada umum dan fahami impak media sosial kepada anak-anak yang sedang membesar.

Beliau berkata bahawa beliau mempunyai bukti membayar nafkah dan berhak menyatakan tanggungan kepada LHDN termasuk pembayaran nafkah anak-anak.

Menjawab isu Aidil berkata tidak memberikan penjelasan lanjut mengenai nafkah yang telah dibayar sehingga timbul keraguan,

Rita pula menerusi Instagram story (IG Story) telah memuatnaik beberapa bukti tangkap layar perbualan beliau dengan peguam dan juga penjelasan secara lebih terperinci mengenai jumlah nafkah yang beliau terima setiap bulan.

Menurut Rita jumlah nafkah yang beliau terima setiap bulan adalah jumlah yang diputuskan oleh mahkamah sejak tahun 2013 semasa anak-anaknya berusia 1 tahun dan 3 tahun untuk pembelian susu dan pampers.

Sehingga kini apabila anak-anaknya sudah bersekolah beliau masih lagi menerima nafkah dengan jumlah yang sama. Rita juga turut berseloroh dengan memberikan bayangan teka teki berbaur sindiran.

Ujar Rita lagi, beliau mengetahui mengenai tuntutan perlepasan cukai yang dibuat oleh bekas suaminya itu sejak 4 tahun yang lalu apabila beliau dimaklumkan bahawa perbelanjaan untuk persekolahan anak-anak boleh dibuat perlepasan cukai namun hampa apabila mendapat tahu beliau tidak boleh menuntut perlepasan cukai kerana bekas suaminya telah membuat tuntutan itu terlebih dahulu.

Kedua anak hasil perkahwinan Aidil dan Rita iaitu Rayyan kini sudahpun berusia 12 tahun dan adiknya Arjuna pula sudah berusia 10 tahun.

Membesarkan anak-anak yang sedang meningkat dewasa dan bersekolah semestinya menuntut Rita untuk memperuntukkan perbelanjaan yang agak besar. Tambahan pula Rita menjaga mereka berdua seorang diri.

Orang luar tidak tahu perkara yang berlaku dalam keluarga kita dan mungkin akan bercakap apa sahaja menerusi apa yang mereka baca dan lihat.

Berhati-hatilah memuatnaik apa sahaja di media sosial kerana dibimbangi isu ini akan semakin berpanjangan. Mudah-mudahan mereka berdua dapat berbincang dan menyelesaikan perkara ini dengan muafaat demi kebaikan anak-anak.

Sumber: ig ritrud727

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*