Akui msh syg bekas suami, netizen doakan Zarina dan pasangan bersatu semula

Tular sebelum ini mengenai kisah rumahtangga pelakon dan usahawan Zarina Anjoulie yang telah pun berpisah dengan bekas suaminya hanya setelah 6 bulan mendirikan rumahtangga. Buat para peminat dan pengikut akaun Instagram mereka berdua pastinya menerima khabar berita tersebut dengan cukup terkejut dan sedih kerana selama mereka berkawan sebelum ini pasngan ini sangat rapat dan serasi.

Berita yang mengejutkan tersebut di dedahkan oleh Zarina sendiri menerusi sebuah video yang dimuatnaik menerusi Instagram. Menerusi entri itu, Zarina menyifatkan percraian tersebut merupakan jalan terbaik buat beliau atau nama sebenarnya, Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul dan pasngan Eilyas Azhar. Zarina berkata keputusan bercrai dengan suami, adalah pilihannya sendiri.

Zarina Anjoulie dan Eilyas Azhar baru sahaja mendirikan rumahtangga sekitar bulan julai tahun lalu manakala pengumuman mengenai percraian dibuat pada bulan lalu iaitu kira-kira sekitar 6 bulan setelah mereka bernikah.

Menurut Zarina yang mesra di panggil Anju, keputusan untuk bercrai dengan Eilyas Azhar atau mesra di panggil Yas kerana mereka sudah tidak lagi sehaluan. Anju juga mahu memberikan tumpuan kepada kerjaya, anak dan keluarganya.

Anju berkata beliau dan Yas tidak menghadapi sebarang masalah bersama Yas namun merasakan keputusan untuk berkahwin  dibuat secara tergesa-gesa ketika itu. Anju turut menambah desakan orang sekeliling menjadi faktor keputusan untuk berkahwin dibuat untuk memuaskan hati orang lain turut menjadi punca percraian itu berlaku.

Terkini menerusi Instagram, Anju telah memuatnaik sebuah video dimana beliau telahpun menyelesaikan urusan percraian beliau bersama bekas suaminya di mahkamah.

Anju turut mengucapkan terima kasih kepada para peminat yang tidak putus memberikan kata-kata semangat dan menyokong beliau.

Menerusi caption di video tersebut Anju meluahkan rasa kesyukuran kerana proses percraian tersebut berjalan lancar atas kerjasama yang ditunjukkan oleh bekas  suaminya.

Bagaimanapun Anju tidak dapat menyembunyikan rasa sedihnya apabila berkata tidak sempat mengucapkan selamat tinggal kepada bekas suaminya itu.

Menjengah ke Instagram Anju di dapati gambar dan video bersama bekas suaminya masih belum dipadam dan Anju masih menyimpan gambar-gambar kenangan bersama bekas suaminya itu.

Buat para peminat yang mengenali dan mengikuti hubungan persahabatan antara Anju dan bekas suaminya sebelum ini, mereka memahami perasaan Anju dan masih belum percaya dengan apa yang berlaku keatas Anju dan Yas. Netizen turut mendoakan Anju agar terus tabah menghadapai dugaan hidup.

Melihat Anju seperti tidak mampu mengungkap kesedihan yang dirasai, ada seorang individu bertanya sekiranya Anju masih lagi menyayangi bekas suaminya itu.

Anju bagaimanapun tidak berselindung menjawab bahawa beliau masih lagi menyayangi bekas suaminya namun apakan daya mungkin perpisahan merupakan jalan terbaik sebagai jalan keluar terhadap masalah yang dilalui oleh mereka. Berikut dikongsikan beberapa komen daripara netizen.

“Semoga urusan yas pun dipermudahkan seperti mana Allah prrmudahkan urusan anju..suka tgk anju dgn yas..but Allah sebaik2 perancang..” – Netizen

“Bercrai cara baik .. i doakan anju dipermudahkan urusan” – Netizen

“Semoga kuat anju.. apa yg berlaku pasti ada hikmah. Semoga kehidupan lebih bahagia dan di berkati.. btw cantik anju bertudung “ – Netizen

“Semoga Anju kuat..sometimes be alone is better..enjoy yr life.” – Netizen

“Ada hikmah setiap pertemuan dan perpisahan…” – Netizen

“ake care always n smoga dkurniakan hidup yg berkat happy always n dkurniakan iman yg sempurna ‎آمِـين يَارَبَّ الْعَـٰلَمِين” – Netizen

“So sad that your marriage ends. Marten mesti miss his daddy kan. Btw, stay strong and hope the best for you” – Netizen

Setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Orang kata kalau jodoh tak kemana. Andai jodoh antara mereka berdua masih panjang mungkin boleh bersatu kembali selepas ini.

Lagipun mereka berdua pun masih berkawan baik. Doakan yang baik-baik buat Anju semoga urusan beliau dipermudahkan.

Sumber: ig anjoulielacovah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*