“Aku yang umur 35 down tengok Che Ta”- Netizen

Rozita Abu B4kar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan ialah seorang pelakon dan usahawan yang terkenal di Malaysia. Beliau cukup terkenal dengan siri komedi Kiah Pekasam yang berjaya meletakkannya sebagai salah seorang pelakon komedi wanita yang cukup digemari. Rozita mula menempa nama pada tahun 2006 apabila membintangi siri komedi Diari Ramadhan Rafique.

Rozita Che Wan atau lebih mesra di panggil Che Ta ini sememangnya seorang wanita yang handal melaram malah sentiasa tampil glamor dari hujung kaki sehingga hujung kepala. Walaupun sudah mencecah usia 50an, Rozita Che Wan sentiasa cantik dan bergaya persis anak dara.

Pelakon wanita jelita yang pernah menjadi teraju utama drama Dia Isteriku ini mendirikan rumah tangga bersama pelakon sitkom Oh My English iaitu Zain Saidin pada Disember 2013 dan di kurniakan seorang anak perempuan bernama Aaisyah Dhia Rana.

Che Ta juga sebelum ini juga pernah mendirikan rumahtangga dan mendedahkan pernah berkahwin selama 10 tahun sebelum berpisah dengan bekas suaminya. Hasil perkahwinan terdahulu, beliau mempunyai dua orang cahaya mata lelaki.

Kehidupan Che Ta yang glamor sentiasa mendapat perhatian netizen. Apatah lagi dengan kehadiran anak perempuan yang sangat comel iaitu Aisyah Dhia Rana yang sering mengundang rasa geram dalam kalangan netizen dek kerana gelagat kanak- kanak berkenaan yang saling tidak tumpah seperti mana ibunya Che Ta yang gemar bergaya.

Aaisyah dilahirkan pada 1 November 2014, anak kepada pasangan selebriti dan pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin kini sudahpun kian membesar dan menginjak usia 9 tahun.

Baru- baru ini, Che Ta telah menyambut hari kelahiran yang ke 50. Menerusi satu perkongsian di Instagram pelakon jelita itu, beliau memuatnaik beberapa gambar bersama keluarga sempena meraikan hari kelahiran dirinya itu.

Meskipun usia Che Ta telah mencecah separuh abad, Che Ta di lihat tampil anggun dan jelita dalam busana mewah berupa persalinan emas. Malahan Che Ta turut menulis kapsyen di gambar berkenaan iaitu Old is Gold yang merujuk kepada usianya ketika ini.

Apa yang lebih manis adalah apabila di hari kelahirannya itu juga, beliau akhirnya dapat berpindah masuk ke kediaman baru yang bernilai hampir RM10 juta. Kediaman barunya itu terletak di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Ruangan komen Che Ta juga di penuhi dengan ucapan Selamat Ulang Tahun dari rakan artis dan juga para peminatnya. Rata- rata peminat juga menulis komen yang memuji- muji penampilan diri Che Ta yang kelihatan awet muda dan langsung tidak di mamah usia. Jom baca apa komen netizen.

Kongsi Che Ta lagi, banyak yang beliau telah laburkan untuk rumah tersebut. Beliau juga di uji apabila di tipu oleh beberapa kontraktor pembinaan. Manakala proses pengubahsuaian rumah juga tertangguh di sebabkan oleh pndemik C0vid19.

Rumah banglo berkenaan tidak hanya didiami Che Ta bersama suami dan tiga anaknya. Malah pelakon drama Kiah Pekasam itu turut dipuji ramai kerana memuliakan orang tua apabila mengajak ibu dan ibu mentuanya tinggal bersama di kediaman barunya itu.

Sumber: Instagram rozita che wan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!