“Aku xpaham, dia ada mini cooper tp knp nk berlari kejar peraagut bermotor eh” – Netizen

Malam tadi telahpun ditayangkan episode ke 7 bagi drama Takdir yang Tertulis. Buat penggemar drama melayu, penonton memuji drama tersebut kerana memaparkan kisah yang penuh dengan knflik dan jalan cerita yang tidak membosankan sejak dari awal. Bagaimanapun buat para penonton yang sememangnya mengikuti drama tersebut dari awal, rata-ratanya mengkritik babak yang ditayangkan dalam episod malam tadi di mana Ean lakonan Alvin Chong yang keluar daripada kereta dan berlari mengejar peraagut.

Takdir Yang Tertulis merupakan sebuah drama rantaian yang diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin. Drama tersebut menampilkan gandingan pelakon Nazim Othman, Nad Zainal, Alvin Chong dan Elvina Mohamad.  Drama rantaian tersebut ditayangkan menerusi slot samarinda mulai 21 Januari 2021.

Sebagai pengarah beberapa drama popular, Shahrulezad sangat bijak mengolah plot cerita agar setiap watak mampu memberikan emosi yang berbeza kepada penonton.

Bagaimanapun pengarah drama ini berkata beliau akur dengan kritikan penonton terhadap babak tidak logik itu dan tampil mengakui kesilapan.

Penonton merasakan babak tersebut sangat kelakar dan tidak logik apabila Ean yang sedang berada di dalam keretanya terpaksa berlari keluar untuk mengejar peragut.

Geram dengan babak tidak logik kerana Ean tidak memandu kereta untuk mengejar peragut, penonton meminta penjelasan pengarah.

Luahan yang dibuat oleh penonton itu telah disuarakan kepada pengarah drama tersebut iaitu Shahrulezad melalui instagramnya.Shahrulezad yang mengarahkan drama tersebut bersama Uchee Fukada menerusi laman Instagram telah tampil memberikan penjelasan mengenai babak tersebut.

Memuatnaik sekeping tulisan luahan netizen terhadap drama itu, Shahrulezad berkata hal tersebut terjadi kerana kesilapan beliau sendiri.

Menurut beliau lagi, semasa babak tersebut di lakonkan tiada sesiapa yang perasan akan kesilapan babak itu baik dalam kalangan pelakon dan krew sendiri kerana terlalu fokus terhadap jalan cerita.

Disebabkan fokus terhadap jalan cerita maka beliau terlepas pandang logik di sebalik Ean berlari mengejar peragut sedangkan Ean ketika itu di dalam kereta.

Shahrulezad berkata faktor waktu ketika itu yang sudah larut malam dan mengantuk juga menjadi punca mengapa mereka tidak menyedari perkara berkenaan dari awal. Babak tersebut hanya disedari beliau ketika proses suntingan apabila dimaklumkan oleh penyunting drama.

Beliau mengakui kesilapan tersebut namun disebabkan penggambaran telahpun selesai, maka beliau dan pembantu pengarahnya Uchee Fukada tidak mampu berbuat apa-apa.

Oleh itu beliau menerima dengan rela hati kritikan netizen terhadap drama arahan beliau itu. Sebagai pengarah drama itu, beliau bagaimanapun telah memohon maaf kepada para penonton di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu.

Para peminat dan penonton memuji sikap jujur pengarah dan rata-ratanya berkata mereka boleh menerima kesilapan kecil tersebut kerana kadangkala tindakan tersebut boleh berlaku dan ianya adalah reaksi spontan apabila terkejut dan panik. Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan oleh netizen diruangan komen.

“Hahhaha but sometimes org pun jd panik bila berdepan dgn peragut. Dia akan jd jumpa peragut je nk kejar. So it’s okay” – Netizen

“Ye abam..daku terjerit2 histeria dekat umah..eannnnn kejar kejar naik kete tue” – Netizen

“Hahahhahahahahahah, i pun perasan tapi tkpelaaaa…. Yg penting aku kesian dgn juweta masa tu” – Netizen

“gigih ean buka tali pingang keledar nk kuar kejo ek” – Netizen

“Ean tu bengong … kete mahal2 nak gak lari … mehhh kete tu bg saya … saya malas nak lari” – Netizen

“Komen komen hentam hentam pastu korang mintak TYT part 2 cepuk cepukkkkk dia” – Netizen

Normal lah tu ada kesilapan dalam drama. Drama-drama lain pun ada juga kesilapannya antara perasan atau tak perasan sahaja. Sebagai penonton setia setakat kesilapan kecil sebegitu rasanya tidak menjadi masalah kerana tidak mengganggu jalan cerita.

Episod 7 drama Takdir yang tertulis semakin menarik kerana penonton bakal menjangkakan lagi konflik selepas Ruhila tidak mahu melepaskan anaknya Mika kepada Juweta.

Sumber: ig budakijat

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*