“Aku tercek1k dia boleh ketawa sambil record eh”- Nabila Huda

Gelagat spontan jika dirakam semestinya akan menjadi kenangan yang akan diingat oleh semua orang. Kadang kala merakam kem4langan kecil seperti terj4tuh atau membuat aksi lucu pastinya akan kita gelakkan jika dimainkan kembali. Seperti juga Nabila Huda yang tidak habis-habis dengan gelagat spontan beliau yang sememangnya mencuit hati seluruh peminatnya di laman sosial.

Dilihat di laman instagram Nabila Huda, beliau berkongsi momen beliau sedang merasa makanan dan tidak semena-mena beliau tercek1k tulang ketika di dalam set penggambaran.

Dilihat didalam video tersebut, Nabila Huda telah tercekik tulang ikan patin selepas merasa lauk ikan tersebut.

“Aku tercek1k Dia boleh ketawa Sambil record eh..tepuk pengakap lah kawan baik!niesakhalil” kata Nabila Huda di dalam laman instagramnya.

Rakan artis terhibur dengan aksi spontan Nabila Huda itu dan Zara zya mengatakan Abil sangat pantas bertindak mengambil dan menelan nasi untuk menghilangkan rasa tercekik tulang itu.

Para netizen juga terhibur dengan gelagat artis kegemaran mereka itu dan memesan supaya berhati-hati supaya tidak tercekik lagi.

Mengikut perkembangan terbaru Nabila Huda, beliau sedang dalam penggambaran untuk rancangan memasaknya yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

Sumber : Ig Kupu kupu

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*