“Aku tak kisah siapa dia, yg aku kisah bila dia byk bantu orang susah” – Netizen

Dalam tempoh perintah kawalan pergerakan ini, ramai yang sedang berusaha untuk meneruskan kehidupan masing-masing dalam keadaan yang serba kekurangan dan kesederhanaan. Sebab itulah ramai artis-artis dan golongan yang berkemampuan mencuba untuk membantu golongan yang kekurangan dengan semampu mereka supaya kehidupan golongan yang susah ini terbela dan mengukuhkan silaturahim dalam hidup komuniti.

Begitu juga bekas pelakon wanita, Zarina Anjoulie atau lebih mesra dipanggil  Anju yang juga mencuba untuk memberi bantuan kepada yang memerluukan semampu yang beliau boleh usahakan.

Walaupun beliau selalu dilanda kontr0versi, namun beliau sering dilihat menggunakan kontr0versi tersebut di dalam laman ig beliau ke arah yg lebih positif.

Beliau juga dikenali sebagai seorang yang sangat berterus terang di dalam laman ignya. Beliau merasakan berterus terang adalah sangat penting kerana ia tidak menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Baru-baru ini, beliau berkongsi sebuah video dimana beliau menerangkan kenapa beliau tidak lagi memberikan review percuma kepada pengikutnya dalam laman ignya.

Di dalam video berkenaan beliau menyebut tentang terdapat seorang wanita ini yang memftnah beliau menyekat wanita tersebut dari sosial media Anju namun Anju menafikan beliau tidak dapat pastikan sama ada beliau ada menyekat atau tidak wanita tersebut.

Ini kerana sosial medianya bukan beliau seorang sahaja yang jaga malah terdapat beberapa pekerjanya yang menjaga akaun sosial media beliau. Beliau juga menerangkan beliau tidak lagi menawarkan review percuma kepada pengikutnya kerana pengikutnya tidak mengikuti arahan yang sepatutnya sehingga mengganggu rutin pekerjaannya yang sedia ada.

Namun, beliau juga berkata bahawa walaupun diganggu sebegitu beliau tetap beri bantuan semampu yang boleh kepada yang meminta bantuan daripadanya.

Beliau juga menekankan bahawa terdapat orang yang mahu bantuan Anju namun jika beliau tidak sempat atau tidak dapat membantu mereka, mereka terus mengecam Anju kerana tidak membantu mereka.

Makanya oleh kerana segelintir orang yang berperangai sebeginilah Anju akan menyekat mereka dari sosial media Anju. “Orang sebegini Anju bencii. Sudah setahun Anju hidup bersama orang spebegini yang apabila mahukan sesuatu mereka baik-baik tetapi bila tidak dapat apa yang mereka mahukan dari Anju, mereka terus kecaam kata Anju terok busuuk dan sebagainya” kata pelakon berkenaan.

Beliau juga mengupaskan tentang seseorang yang mengecam beliau dengan berkata beliau hanya akan buat amal apabila beliau ‘v1ral’ sahaja.

Beliau mengiyakan perkara itu kerana beramal ketika sedang ‘viral’ dapat memberi lebih keuntungan kepada beliau dan beliau dapat memberi lebih lagi kepada sesiapa yang memerluukan bantuan.

Beliau menekankan bahawa beliau bukan seorang yang hanya memakan hasil untung seorang sahaja dan selalu kongsikan rezeki yang beliau dapati dengan perkerja dan golongan yang memerluukan.

Ramai yang menyokong kenyataan beliau dan ada juga seseorang yang pernah menjadi agen Anju berkata pelakon itu sangat memahami situasi agen-agennya dan selalu memberi nasihat dan motivasi kepada mereka.

Sebagai individu, kita seharusnya fikir logik apabila jika seseorang tersebut tidak dapat atau tidak mahu membantu kita, itu adalah hak orang tersebut.

Kita tidak boleh mendesak orang untuk membantu kita kerana mungkin ada sebab tertentu mereka tidak dapat menolong kita.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*