“Aku syak yg tgh pakai gincu tu Siti Nurhaliza” – Netizen

Datuk Seri Siti Nurhaliza atau mesra dengan nama panggilan Tokti ini sudah tentu ramai mengenali bakat luar biasanya dalam bidang nyanyian. Lunak merdu suara Tokti masih lagi menjadi kesukaan ramai peminat dari zaman remaja hinggalah sekarang. Tak disangkal lagi, Tokti masih memiliki populariti yang tinggi dalam kalangan peminatnya dan persembahan beliau juga masih bertenaga sehingga ke hari ini.

Meskipun Tokti sudah bergelar ibu kepada dua cahaya mata, beliau masih maintain dengan vokal nyanyian yang cukup mantap. Tokti pun sentiasa aktif melakukan persembahan buat peminat-peminatnya.

Melihat rutin harian Tokti, beliau sering berkongsi rutin hariannya di laman sosial media terutama di Instagram. Tokti boleh dikatakan jarang ‘duduk diam’ dan ada sahaja aktiviti yang dilakukan di rumah.

Walaupun sibuk dengan jadual yang sangat padat, Tokti masih meluangkan masa untuk bersukan dan bersama anak-anak.

Selain berbasikal, Tokti pun aktif dengan latihan muay thai yang popular dalam kalangan masyarakat di negara Thailand. Aktiviti seni mempertahankan diri itu telah menjadi pilihan Tokti untuk berlatih bersama tenaga pengajar pilihan beliau.

Melihat video terbaru yang dikongsi Tokti di Instagram, kelihatan beliau sedang belajar sukan muay thai namun perkara lain pula jadinya.

Menerusi video dikongsi Tokti itu, Aafiyah sempat ‘menyelit’ ketika rakaman video sedang dijalankan. Gelagat Aafiyah membuatkan netizen terhibur melihat si cilik ini yang sudah pandai bersolek sendiri.

Dalam video tersebut, Aafiyah dengan selambanya memakai gincu milik ibunya. Kecil-kecil dah pandai bersoleh Aafiyah ye..

Video Tokti telah mencuri perhatian netizen sehingga ditonton hampir 500,000 tontonan dan rata-ratanya geli hati dengan gelagat Aafiyah.

Amboi Aafiyah ni, dah pandai bersolek pakai barang umi ye.. Nasib baik tokti cool je hehe.

Sumber: Instagram ctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!