“Aku sebenarnya dah lama penat, penat sangat2” – Diana Danielle

Eh kenapa pulak dengan pelakon cantik pojaan ramai ni… Nampak cool saja… Tapi diam tak diam Diana Danielle meluahkan rasa yang dirinya terlalu penat. Penat sangat-sangat. Bunyiknya dah macam pikul batu besar atas kepala. Nampaknya jadi tanda netizen apakah bebanan besar sedang dipikul isteri kepada aktor, Farid Kamil itu hingga meluahkan rasa sedemikian.

“Aku sebenarnya dah lama penat… penat sangat2” Antara coretnya pada video dalam hantaran Instagramnya ini. Latar video menunjukkan gambaran dia sedang bekerja dan sedang dimekapkan.

Bagi yang tak tengok sampai habis video dikongsikan Diana ini mungkin menyangka yang tidak-tidak… Begitupun dah namanya pelakon, pasti ada ‘dramanya’ di situ. Tapi jangan pula rasa geram kat Diana ya…

Rupanya Diana meluahkan yang dirinya sudah penat.. penat sangat menjadi cantik. Yalah gamaknya bila cantik, mesti banyak kompeni offer job. Bila buat banyak job mesti sibuk. Bila sibuk dah tentulah penat…

Betullah tu… Nampaknya Diana dah pandai melawak sekarang ni ya… Apa pun untunglah diri tu lawa kan… Takpela penat sikit. Ramai perempuan di luar sana sampai menangis nak jadi cantik macam Diana. Adehla..

“Penat jugak tengok smpai habis”, “Makin hari makin lawak ke D”, “bagi laa sikit cantik tu kat kite”, “Awak tak yah cantik utk jadik cantik..sebab awak tu tetap cantik sis”, “ingat apa tadi tauu penat apaa”, “Untunglah penat jadi cantik, saya penat jadi potato”.

Itu antara komen netizen. Apa pun sudah tentu hantaran Diana atau mesra dipanggil D ini sekadar gurauan saja. Chill-chill sudah ya netizen. Namapun media sosial…

Begitupun jika benar Diana meluahkan rasa penat ‘sebenar’, memang kita yang melihat dan tahu perkembangan hidupnya barangkali dapat merasakannya bukan…

Mana tidaknya, dia pun terpalit sama dek k0ntroversi dan ujian melanda pasangan hidupnya yang juga pernah dip3njarakan 13 bulan sebelum ini kerana kes4lahan menggunakan kek3rasan j3nayah dan perkataan tak sopan.

Ibu dua anak ini paling dikenali menerusi peranannya sebagai Maria dalam drama TV3 Airmata Maria terbitan Skop Productions. Diana ketika itu hanya berusia 14 tahun ketika beliau diberi peranan yang berumur 20 tahun.

Sumber : IG Diana Danielle

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!