Aku Digelar Anak Derhaka Kerana Menolak Permintaan Mak Ayah Untuk Buat Pinjaman Demi Melangsaikan Hutang Mereka. Apa Salahku

Foto sekadar hiasan. Aku nak cerita pasal family aku. Family yang aku sayang, tapi kadangkala tindak tanduk mereka menyebabkan aku rasa saakit hati dan menyimpan rasa. Family aku dikategorikan sebagai family tak kaya, tak miskin. Mak dan ayah aku dah pencen tapi punyai syarikat kontraktor binaan. Aku ada sorang abang dan 2 orang adik, bermaksud aku adalah anak yang ke-2. Aku bekerja sebagai seorang eksekutif di sebuah syarikat gergasi. Abang aku bekerja di sebuah syarikat di KL, adik perempuan sekarang bekerja di bawah syarikat keluarga dan adik bongsu masih belajar.

Bukan niat aku nak memuji diri sendiri tapi aku mohon bantuan dari pembaca untuk nilaikan adakah aku ni dikategorikan sebagai anak derhaka selepas membaca luahan aku selepas ni. Aku sudah berkahwin dan mempunyai anak. Sekarang ni, bila jumpa dengan orang luar yang pernah menjadi pengasuh atau mengenali rapat aku, mereka akan cakap, semasa aku kecik, aku sangat mudah dijaga dan mendengar kata.

Jarang sekali menimbulkan masalah baik di sekolah atau rumah pengasuh. Ya, aku pun anggap begitu. Pada aku, aku dah mencuba sehabis baik untuk tidak menyusahkan mak ayah. Mak ayah aku tak perlu risau, aku tak ponteng sekolah, akademik aku cemerlang, duit belanja juga aku tidak meminta-minta lebih, malah aku menabung. Melanjutkan pelajaran pun sebolehnya aku tak nak menyusahkan keluarga.

Aku pastikan keputusan SPM cemerlang dan aku menerima biasiswa penuh. Jarang sekali aku meminta wang belanja dari mak ayah, Cuma sesekali mak ayah ku beri jua sedikit walaupun tak diminta. Sehingga lah aku bekerja dan beranak pinak. Jika ada masalah, baik masalah peribadi atau kewangan, aku akan cuba sedaya upaya selesaikan sendiri dan tidak meminta2 bantuan pada mak ayah.

Berbeza dengan aku, kesemua adik beradik tidak ada yang seperti aku. Mereka boros, meminta dibelikan itu ini, spoilt. Kenapa aku terus menghentam adik beradik sendiri? Sebab itu lah yang aku rasa. Jika mereka berkehendakkan sesuata seperti handphone, kamera mahal, mereka terus meminta pada mak ayah. Tak pernah aku lihat mereka berkira2 tentang kemampuan mak ayah. Hal-hal lain termasuklah soal makanan, bil elektrik rumah tak pernah ambil pusing.

Yang mereka tau, mereka nak makan yang sedap, tidur nak ber air-cond. Bil elektrik cecah 5ratus sebulan, bil astro kena potong, bukannya mereka kisah. Yang mereka tau, mak ayah mesti ada duit nak bayar semua tu. Ada yang dah bekerja pun, duit makan masih meminta pada mak ayah. Duit gaji mereka digunakan beli barang yang berjenama.

Tegurlah mereka. Aku pernah menegur mereka. Tapi akhirnya, aku dicop dengki dengan rezeki adik beradik yang lain. Kata mereka, aku yang bodoh tak pandai nak minta pada mak ayah. Kenapa nak pertikaikan “rezeki” yang mereka terima dari mak ayah? Salahke aku menegur dan nasihat bahawa mak ayah bukannya sumber kewangan mereka lagi? Mereka dah dewasa, perlu berdikari dan mula menguruskan kewangan sendiri untuk hidup pada masa depan.

Mungkin ada yang anggap, mak ayah aku berduit, sebab itu adik beradik aku tak ralat meminta-minta dari mereka. Hakikatnya, mak aku sering mengadu pada aku, mereka banyak hutang, bukannya ada duit. Syarikat tidak mendapat keuntungan malah kerugian. Soalnya, bila aku dedahkan hal itu pada adik beradik, mereka anggap aku sengaja buat cerita. Bertambah masalah bila mak sendiri menidakkan pula apabila berhadapan dengan mereka.

Sejujurnya,aku semakin jauh hati dengan keluarga apabila berlaku satu insiden. Mak ayah aku meminta aku membuat pinjaman bank untuk menyelesaikan hutang mereka, malah mengeluarkan sebahagian wang KWSP aku. Kata mereka, pinjaman tersebut hanya guna nama aku jer, tapi installment akan diuruskan mereka. Aku menolak dengan baik pada mulanya, dengan niat menjelaskan bahawa aku perluukan nama ku untuk membuat pinjaman perumahan lain pada masa akan datang.

Namun, alasan aku dihentam dan aku dicop anak derhaka, tak kenang budi dan lain-lain. Satu persatu perkataan menghiris hati dari mak ayah menyiat-nyiat hati aku. Kata mereka, semasa aku belajar, aku banyak guna duit, perkahwinan aku menyebabkan mereka berhutang. Aku tanya mereka balik, semasa aku belajar aku gunakan biasiswa, adik-adik lain ditanggung penuh oleh mak ayah. Aku lebih menyusahkan dari adik beradik lain kah?

Perkahwinan aku, bukan aku yang meminta dibuat itu ini, mak yang rancang dibuat besar-besaran, malah ada beberapa perkara menggunakan duit aku dan wang hantaran..sedangkan perkahwinan adik beradik 100 persen ditanggung mak ayah. Aku kah yang lebih menyusahkan?

Selepas aku dapat pekerjaan, sebahagian besar gaji ku diserah pada mak ayah, ada kala ku berikan mereka hadiah, tapi hadiah aku ditolak dan kadang dianggap membazir duit. Selepas penolakan pemberian, aku akui, aku jarang memberi lagi. Apabila beranak pinak dan kewangan semakin menipis, aku akui aku kurang memberi berbanding dulu tapi aku tak pernah meminta2 mereka. Tapi, akhirnya, isu ini diungkit semula oleh mak ayah dengan membandingkan aku dan adik beradik yang beri hadiah mahal 5 tahun sekali?

Soal syarikat, aku pernah memberikan nasihat kerana kerja hakiki aku melibatkan binaan juga. Pernah aku memberikan buah pendapat bagaimana perlu diperbaiki. Namun, pendapat profesional aku dipandang sebelah mata dan pandangan adik aku yang tak pernah bekerja tu diambil kira. Projek kerja hakiki aku jauh lebih besar dari projek yang dikendalikan syarikat keluarga.

Namun begitu, mereka anggap, aku bukan sesiapa. Bila aku persoalkan, bagaimana urusan kewangan syarikat diuruskan, adik ku yang belum pernah bekerja dan adik yang selalu berhenti kerja jauh lebih mendabik dada memberikan pendapat. Bermula dari insiden tu, aku betul2 jauh hati. Aku banyak mendiamkan diri dan tak nak ambil tahu pasal keluarga. Bagi aku, aku ni bukan siapa-siapa dalam keluarga, terasa lelah cuba untuk nasihat.

Mungkin benar aku anak derhaka dan anak tak guna. Ada masa, aku nak lihat adik beradik aku jatuh supaya mereka sedar. Jahatkah aku? Aku takda orang untuk meluahkan rasa. Pada suami aku bercerita, tapi pucuk pangkalnya, itu keluarga aku juga. Bila mana mereka jatuh nanti, jika aku tidak mahu menolong, kjam kah aku?

Selain dari generasi kutu rayau, penagih d4dah, aku mula mempertikaikan, generasi apakah yang boleh dikategorikan pada kami? Adik bongsu ku yang lantang mempersoalkan kepimpinan orang, tapi buat resume kerja pun mengharapkan aku, menaipkan satu persatu? Generasi kategori apa?

Smber : kisahjalanan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*