“Aku boleh nampak tulang kau bergetar di situ,”- Netizen usik Fizo Omar, Mira Filzah

Siapa tidak kenal dengan Fizo Omar, Duda terhangat yang baru bercrai dgn Mawar. Selepas bercrai Fizo Omar telah melibatkan diri dalam bidang lakonan semula setelah sekian lama tidak berlakon. Fizo menerusi Instagramnya memuatnaik gambar bersama Mira Filzah yang sepertinya berganding lakonan bersama melalui drama lakonan terbaru iaitu Adellea Sofea yang bakal ditayangkan pada Disember ini.

Gambar terbaru Fizo dan Mira Filzah menjadi perhatian netizen memandangkan Fizo sudah lama tidak menceburi bidang lakonan.

Drama yang bakal ditayangkan di TV3 ini bakal menyaksikan gandingan mantap Fizo Omar, Mira Filzah dan barisan pelakon-pelakon yang lain.

Peminat-peminat Fizo juga dilihat seperti sudah tidak sabar untuk melihatnya berlakon selepas hampir sekian lama tidak muncul di kaca televisyen.

Fizo juga memaklumkan menerusi komen, dia sudah mula berlakon semula.

Bukan itu sahaja, ada juga komen-komen nakal netizen yang mengusik Fizo dan Mira Filzah.

“Aku boleh nampak tulang kau bergetar di situ,” usik salah seorang netizen.

“Ejah sikit bohh,nak selfie ni,”- Netizen

“Nampak kuurus sekarang bro, good looking,”- Netizen

Semoga Fizo terus menceburi bidang lakonan dan dimurahkan rezeki yaa. Ramai yang ternanti-nanti lakonan mantap Fizo

Sumber: Instagram Fizo Omar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*