Akibat makan durian dan nanas ketika mengandung, Wawa Zainal dimasukkan ke hspital

Sebelum ini Aeril ada maklumkan di ruangan instagramnya keadaan wawa terpaksa di kejarkan hspital, ramai peminat tertanya2 tentang keadaan Wawa dan punca skit wawa Zainal.
Walaubagaimana pun Wawa di sahkan keluar hspital sejurus semuanya terkawal. Aeril Zafrel menjelaskan kepada media, Wawa terpaksa di kejarkan ke hopital akibat makan durian dan nanas.

“Semalam Wawa makan durian, tarap, nanas dan makanan laut. “Mungkin sebab terlalu banyak, jadi bayi dalam kandungan terkejut dan beri kesan pada kandungan,” kata pelakon Aeril Zafrel mengenai keadaan isterinya, Wawa Zainal yang dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kota Kinabalu, Sabah, pagi tadi. Aeril berkata, buat masa sekarang isterinya dalam keadaan stabil dan tidak terdapat sebarang masalah serius.

Menurut Aeril, jika semuanya okey, Wawa akan dibenarkan keluar petang ini.“Tidak dapat dipastikan sama ada Wawa keracunan makanan atau tindak balas bayi dalam kandungan. Cuma, saya berharap tidak ada apa yang teruk.

“Pagi tadi dia tiba-tiba saja muntah-muntah. Itu yang terus bawa ke hspital dan selepas pemeriksaan dia kena tahan,” katanya kepada Harian Metro.

Aeril berkata, Wawa yang kini hamil lima bulan mengakui itu bukan kali pertama isterinya terkena perkara sama.

“Ketika hamil anak kedua dulu pun, Wawa pernah kena perkara sama. Tapi lebih teruk lagi.

“Cuma kali ini bagi saya ia biasa dan sikit saja. Doakan Wawa baik-baik saja,” katanya. Aeril dan Wawa berada di Kota Kinabalu atas urusan kerja sejak kelmarin.

Sementara itu selepas wawa telah di sahkan keluar hspital Aeril telah memuat naik satu video dengan caption “Tolong la nasihat kan wawa ni rehat. . baru skit teruk smlm harini da lari2..kata nya rasa bersalah dgn anak2 sbb busy selalu..such a strong women . terima kasih w4w4_zainal selalu buat kami happy”

Vdeo itu sekali lagi menarik perhatian dan kerisauan netizan dan peminat setia pasaangan ini apabila terlihat wawa berlari lari dan mengangkat anak perempuannya Hayla. Rata rata netizen menasihati wawa supaya berehat dan jaga kandungannya.

” Jangan angkat berat please kesian baby dalam perut “- netizen

Ramai juga menasihati Wawa supaya menjaga rahimnya, jangan angkat barang berat dan tidak elok berlari lari ketika mengandung.

Sebelum itu, Wawa, 28, atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin berkata, dia dan suami yang juga pelakon, Aeril Zafrel mengakui hampir berputus asa selepas empat tahun mencuba.

“Aeril orang yang sangat gembira apabila saya beritahu perkara ini. Apaatah lagi selepas dapat anak kedua empat tahun lalu, dia sentiasa inginkan tambah anak.

“Tapi, apabila tidak dapat kami hampir putus asa juga. Kami fikir mungkin rezeki anak dua saja. Alhamdulillah, dengan ikhtiar sejak beberapa bulan lalu iaitu dengan mengamalkan minum madu Turki, tidak menjangka Allah berikan rezeki ini,” katanya.

Wawa berkata, dia mengamalkan pengambilan madu itu sejak dua bulan lalu selepas diberitahu mengenai khasiatnya.

“Semasa pergi Turki tempoh hari, memang mereka ada cakap madu ini bagus untuk wanita yang mahu hamil. Malah ramai testimoni yang berjaya. Apabila terjadi pada diri sendiri, baru saya percaya. Begitu juga dengan sepupu saya, yang baru tiga minggu mengamalkannya, dia kini hamil juga.

“Memang ini semua dari Allah, tapi sekurang-kurangnya kita kena usaha dan ikhtiar juga. Macam saya sendiri, empat tahun menunggu, akhirnya Allah makbulkan,” katanya.

Menurut Wawa, sepanjang empat tahun itu, dia tidak pernah mencuba sebarang kaedah perubatan moden atau tradisional, sebaliknya menganggap bukan rezeki.

Sebelum ini, Wawa dan Aeril sudah dikurniakan dua anak, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.

Sumber : hmetro/ Ig Aerilzafrel

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*