“Akak tkut ending dia Juweta m4ti…if Juweta maati akn trigger anx1ety akak sgt truk” – Netizen

Hanya berbaki lagi 2 episod setelah beberapa minggu bersiaran, drama Takdir Yang Tertulis bakal melabuhkan tirainya minggu hadapan. Banyak betul plot twist dalam drama Takdir Yang Tertulis daripada satu episode ke satu episode hingga membuatkan para penonton tertunggu-tunggu apakah pengakhiran buat semua watak. Adakah pengakhiran drama tersebut penuh duka ataupun pengakhiran yg gembira buat semua watak.

Perasaan tidak puas hati mengenai tuduhan Ruhila yang mendakwa beliau berlaku cvrang telah membuatkan Ean akhirnya bertanyakan mengenai perkara tersebut sendiri kepada Ruhila semasa pertemuan mereka di sebuah restoran. Kini Ean telah membawa bukti untuk ditunjukkan kepada Ruhila. Apa kesudahan hubungan Ruhila dan Ean agaknya.

Walaupun Ean dan Ruhila masih mempunyai perasaan antara satu sama lain namun status Ruhila sebagai isteri Azlan membuatkan Ruhila tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Manakala Azlan pula masih belum mengetahui hakikat sebenar bahawa Mika bukanlah anak kandung beliau dan Ruhila.

Azlan yang mengahwini Ruhila atas dasar cinta tidak mengetahui bahawa Ruhila hanya mahukan beliau menjadi pak sanggup dan tidak mempunyai perasaan terhadapnya selama ini.

Bagaimanapun ekoran beberapa plot twist yang mendebarkan membuatkan para penonton tidak mampu mengagak apa yang bakal berlaku dalam episode akhir drama tersebut.

Para penonton yang sarat dengan emosi adakalanya terbawa-bawa dengan watak dan jalan cerita di dalam drama itu hingga menyebabkan para pelakon drama berkenaan sering terkena tempias untuk penonton melepaskan kemarahan mereka.

Tidak ketinggalan pengarah drama tersebut iaitu Shahrulezad dimana beliau juga turut menerima nasib serupa apabila mendedahkan Direct Message (DM) yang diterima beliau daripada para peminat tegar drama berkenaan.

Tidak sabar menanti episode akhir drama itu yang bakal ditayangkan minggu hadapan seorang penonton berkata beliau tidak mahu pengakhiran drama itu menyaksikan Juweta menghembuskan nafas terakhir bahkan beliau mahukan pengakhiran yang gembira buat kesemua watak supaya anx1ety yang di hidapi oleh beliau tidak menyerangnya ketika menonton episode akhir drama itu.

Pengarah drama tersebut menerusi Instagram beliau telah tampil untuk menasihati para penonton yang mengalami situasi yang sama agar banyak muhasabah diri dan bertenang. Sebagai pengarah drama, beliau tidak menyangka penangan drama berkenaan hingga para penonton turut terbawa-bawa jalan cerita drama ke dalam realiti.

Beliau turut mengucapkan terima kasih atas tontonan para peminat drama melayu dan berharap para penonton untuk berfikiran positif serta mengambil iktibar dan pengajaran terhadap jalan cerita drama berkenaan. Shahrulezad juga berharap supaya sikap taksub mereka terhadap watak drama itu tidaklah sampai mengganggu kehidupan realiti para penonton.

Apa yang berlaku di dalam drama tidak semstinya berlaku di dalam realiti dan menimpa mereka sehingga menjejaskan kehidupan peribadi mereka. Jalan cerita drama hanyalah rekaan semata mata.

Shahrulezad menambah berbaki 2 episod, beliau mahu penonton membuat penilaian dengan waras dan menonton dengan tenang bagi mengelak perkara tidak di ingini berlaku.

Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan netizen terhadap perkongsian tersebut.

“mashallah kak pergi amik wudhuk kak hihihi” – Netizen

“See..npak sgt cerita ni best gilerrr” – Netizen

“Klu org terbawak2 cita ni mcm kehidupan live dia bermksd cite ni sgt2 best dijiwai oleh semua org yg tgk” – Netizen

“Takde ke yg dm cerita laki atau bff dia kantoi lepas tgk cerita ni? Setakat syok sendiri x best laaa halusinasi je lebih” – Netizen

“hahaha abg ijat oi lawak nam4ti “dengan laki ko yang kepam tu. muka macam tombong kelapa” hahaha dah kenapa. eeehhh ceria pahu aku harini “

“Apakebenda la emo bukan² hala people nowday ha?? Citer rekaan jee pun.. nasib la jaman p.ramlee xde media sosial direct camni.. klo dak jenuh p.ramlee buat citer madu tiga kena kecam “ – Netizen

Boleh tahan juga para penonton drama melayu ni. Bukan setakat pelakon sahaja yang di jadikan tempat untuk melepaskan amarah dan emosi, bahkan pengarah drama pun turut jadi mngsa.

Jalan cerita drama kebanyakkan hanyalah rekaan oleh penulis skrip dan pengarah sahaja. Oleh itu sebagai penonton yang waras kita perlulah bijak mengawal emosi.

Sumber: ig budakijat

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY PASTE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*