“Ak tgk bkn sbb minat tp nk tgk kualiti sama x mcm org Korea” – Netizen

Hari ini telah berlangsungnya sidang media yang mengumumkan mengenai rancangan baru yang bakal di siarkan di TV3 iaitu Master In The House Malaysia. Rancangan berkenaan bakal menemui para penonton pada 15 Januari nanti bersiaran setiap hari sabtu pada jam 10 malam. Rancangan yang mempunyai 10 episod itu menampilkan beberapa artis popular Malaysia termasuklah penyanyi Hael Husaini, Andi Bernadee dan selebriti media sosial Sharifah Rose.

Rancangan Master In The House itu pada asalnya adalah rancangan terbitan Korea menerusi saluran televisyen di sana iaitu SBS Korea. Syarikat yang menaungi TV3 iaitu Primeworks Studio telah menjalinkan kerjasama dengan pihak SBS bagi mengadaptasi rancangan Master In The House Malaysia demi memenuhi permintaan semasa para peminat industri hiburan Korea di Malaysia.

Mengikut konsep asal rancangan, para artis akan diperkenalkan dengan seorang ‘Master’ yang disegani dalam industri yang diceburi beliau. Namun tanpa mengetahui siapakah ‘Master’ yang bakal ditemui oleh mereka, mereka akan diberikan cabaran untuk menyiapkan tugasan – tugasan yang diamanatkan oleh Master dalam tempoh dua hari satu malam.

Di dalam episod Master In The House Malaysia bakal menampilkan dua Master Korea dan enam Master Malaysia yang mempunyai kepakaran dan kredibiliti dari kepelbagaian bidang. Menariknya dua orang Master daripada Korea iaitu Son Sung Deuk merupakan koreografer yang mencipta fenomena K-Pop Idol BTS terutamanya koreografi ‘Butter’ yang sedang rancak dalam kalangan 4rmy.

Beliau merupakan pengarah HYBE Performance yang sering memenangi anugerah yang berprestij di Korea dan mula bekerjasama dengan BTS sejak kumpulan itu diperkenalkan.

Manakala penyanyi BamBam pula ialah K-pop Idol yang mencipta nama menerusi kumpulan Got7 sejak tahun 2014. Beliau merupakan seorang rapper, penyanyi dan penggubah lagu yang berbakat besar dan sering menghasilkan lagu-lagu yang membolosi carta-carta lagu.

Barisan Master dari Malaysia ialah Datuk Yusof Haslam, seorang penerbit, pengarah, penulis skrip dan pelakon yang berwibawa, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, penyanyi tersohor di Malaysia, Datuk Rashid Sidek, lagenda badminton negara, Sherson Lian, cef selebriti dan hos televisyen Malaysia, dan Usamah Zaid, pengasas dan Pengarah Urusan syarikat animasi miliknya, WAU Animation dan pencipta serta pengarah siri animasi Ejen Ali.

Selain daripada rancangan Master In The House, stesen TV3 sebelum ini juga turut membuat adaptasi program yang berasal daripada korea iaitu I Can See Your Voice Malaysia.

Kerjasama dan inisiatif yang dilakukan oleh pihak TV3 dengan mengadaptasi rancangan popular daripada Korea itu telah mendapat sambutan hangat daripada warganet.

Apatah lagi pula apabila dalam beberapa episode rancangan berkenaan juga turut menampilkan barisan artis antarabangsa daripada negara Korea sendiri yang menjadi tetamu jemputan semakin membuatkan warganet cukup teruja hanya dengan melihat promosi dan sidang media rancangan berkenaan.

Maklum balas daripada warganet rata- ratanya berkata mereka teruja untuk menonton rancangan berkenaan dan tidak sabar menantikan episode pertama yang akan di tayangkan pada 15 Januari 2022 nanti.

Bagaimanapun, di sebalik beberapa komen positif dan sambutan hangat yang diterima daripada warganet, pastinya ada segelintir yang ragu- ragu dengan rancangan yang di adaptasi daripada korea ini untuk di tayangkan di Malaysia.

Menjengah ke ruangan komen instagram rasmi rancangan berkenaan pelbagai komen positiif dan negatif telah di tinggalkan oleh warganet. Berikut pula dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan oleh para peminat program hiburan tersebut di ruangan komen.

“running man lain yang tu lagi best dri ni tpi malaysia kalau buat pernah tngok lari. confirm h4ncuur melainkan member dia adalah dari artis yng cool jenis tak over or cover confirm menjadi” – Netizen

“Nasib ada andi. Nak tgok pun sbb ada bambam and ssd bts je. Yang lain tu haihh,,, bakpelah tk ambik y btul2 kpopers ke apa” – Netizen

“ni bukan c0py p4ste.. ni nama dia adaptasi.. mengguna kan format asal dari program asal. Macam Malaysian Idol. Icsyv pun guna format asal dari program asal. Bukan malaysia je, negara2 yg lain yg buat adaptasi pun sama. Kena faham part tu.” – Netizen

Walaupun rancangan berkenaan masih belum di siarkan lagi, namun rancangan berkenaan sudah menjadi perdebatan hangat dalam kalangan warganet yang agak ragu- ragu dengan kualiti rancangan tersebut apabila di adaptasi ke format Malaysia.

Meskipun begitu, buat para peminat artis dan rancangan hiburan daripada negara Korea pastinya mereka cukup teruja dengan rancangan ini dan sudah tidak sabar lagi untuk menonton artis kegemaran mereka.

Sumber: ig masterinthehousemalaysia

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!