Ainul Mardhiah selamat tiba di Malaysia, dibawa menaiki ambulans ke HKL

Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, bayi berusia 11 bulan yang selamat menjalani pembed4han membuang ketvmbuhan di mulutnya di London, selamat tiba di tanah air, pagi ini. Bayi itu bersama kedua-dua ibu bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, dan Nurul Erwani Zaidi, 23, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 7.15 pagi tadi menaiki penerbangan Malaysia Airlines MH3 dari London.

Ainul Mardhiah berada di London lebih dua bulan sejak Ahmad Safiuddin dan Nurul Erwani membawanya ke sana pada 25 Mei lalu untuk menjalani pembed4han k4nser ‘G3rm Cell Tum0r’ di mulut.

Penerbangan pulang Ainul Mardhiah dan ibu bapanya ditemani doktor sukarelawan dari Malaysia yang juga Perunding Anaesthesi0logist dan Pakar Penjagaan Kr1tikal Hspital Pakar Avisena, Kol (B) Datuk Dr Jaseemudeen Abu Baker, serta Perunding Anaesthesiologist dan Pakar Perubatan Penjagaan Kr1tikal Pusat Perubatan Subang Jaya, Dr Gunalan Arumugam.

Sejurus tiba, Ainul Mardhiah dibawa menaiki ambulans difahamkan terus ke Hspital Kuala Lumpur (HKL) untuk raw4tan susulan dan pemantauan.

Sebelum itu, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, bayi 10 bulan yang menjalani pembed4han membuang ketumb0han di mulutnya di London, United Kingdom (UK), dalam perjalanan pulang ke tanah air bersama kedua-dua ibu bapanya.

Perkara itu dikongsikan oleh ibunya, Nurul Erwani Zaidi menerusi satu hantaran Instastory di laman Instagram milik beliau sebentar tadi.

” Allah permudahkan perjalanan kami sampai ke Malaysia, berikan kami sekeluarga kekuatan untuk menghadapi segalanya.

” Bye London, we will miss this adorable moments,” tulisnya hari ini.

Melalui satu lagi Instastory di Instagram bapanya, adik Ainul berada di dalam pesawat sudah bersiap sedia pulang ke tanah air.

Sebelum ini Ainul telah membuat persiapan pulang ke tanah air tetapi terpaksa ditangguhkan berikutan masalah jangkitan.

Ainul telah menjalani pembed4han membuang ketumb0han seberat 200 gram di mulut selepas bertarung nyawa selama lima jam di sebuah Hspital Kanak-kanak di UK pada 10 Jun lalu, terus menunjukkan perkembangan positif apabila berat badannya semakin bertambah.

Pembed4han membabitkan perbelanjaan mencecah RM1juta itu, berjaya direalisasi sekumpulan pakar bdah dan anestetik, diterajui Ketua Unit Craniofacial hspital berkenaan, Prof David Dunaway, selain bantuan pelatih pakar bdah, Dr. Nur Amalina Che Bakri.

Terdahulu bapa Ainul Mardhiah mengakui beliau sudah memadam banyak gambar lama anaknya itu kerana tidak mahu mengingat penderitaan yang pernah dilalui puterinya dulu.

Menurut Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, apabila melihat Ainul sekarang dibandingkan dengan gambar yang dulu timbul perasaan sedih dan sebak di dalam hatinya.

“ Bila tengok Ainul sekarang dengan tengok gambar Ainul yang dulu, rasa sedih dan sebak. Rasa macam tidak percaya yang puteri sulung kami itu telah mengharunginya sebelum ini.

“ Dulu semasa kami menjaganya, bila tengok ketumb0han itu, kami rasa biasa sahaja. Mungkin sebab sudah terbiasa.

“ Sekarang ini bila tengok gambar dahulunya, rasa macam cepat cepat tutup balik.

“ Saya dah padam banyak gambar Ainul yang dulu sebab tak nak ingat dan tak mahu ingat,” katanya menerusi hantaran terbaharu di Fcebooknya hari ini.

Bagaimanapun katanya, Ahmad Safiuddin mengakui masih menyimpan beberapa keping gambar lama untuk ditunjukkan kepada Ainul satu hari nanti supaya anaknya itu menjadi insan yang lebih baik.

” Kuasa ALLAH, ajaibnya ALLAH. ALLAH boleh menghendaki pada bila bila masa sahaja dia mahukan.

“ ALLAH izinkan ketumb0han itu duduk dalam badan Ainul dan ALLAH juga mengizinkan ketumb0han itu dipisahkan daripada tubuh badan Ainul.

“ Kami sendiri tidak pernah menyangka sebelum ini bahawa puteri kami akan sampai ke tahap macam ini. Alhamdulillah, nikmat ALLAH yang tidak boleh kami dustakan.

“ Saya tinggalkan sekeping dua untuk tunjukkan kepada Ainul bila dia besar nanti agar dia lebih menghargai dan menjadi insan yang bermanfaat di masa hadapan,” katanya lagi.

Sumber: Berita Harian via khalifahmedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*