“Aik patutnya laki pakaikan gelang kt isteri, ni dh terbalik” – Netizen

Sekitar jam 10 pagi tadi, penyanyi terkenal Zizi Kirana telahpun selamat bernikah dengan pelakon Yusuf Bahrin. Perkenalan mereka berdua bermula sejak menjalani penggambaran program All Together Now Malaysia. Walaubagaimanapun mereka hanya mula bertegur sapa menerusi Instagram sejak Aidiladha yang lalu. Meskipun baru sahaja berkawan secara serius selama dua bulan, pasangan ini tidak menunggu lama untuk terus berkahwin.

Zizi, 36, atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil berkata, perbezaan usia tujuh tahun antara mereka berdua juga tidak pernah menjadi isu.  Mereka berdua juga mengikat tali pertunangan secara virtual pada 29 Ogos yang lalu. Kongsi Zizi lagi, beliau mengakui tertarik dan menyenangi sikap suaminya yang sopan santun dan matang berbanding usia sebenarnya.

Sebelum ini telah tular satu rakaman video siaran langsung di Instagram yang memaparkan Yusuf telah memanggil Zizi dengan panggilan sayang sekali gus menguatkan dakwaan pasangan ini sedang hangat bercinta.

Kongsi pasangan pengantin baru ini lagi, sepanjang dua bulan berkawan, mereka tidak berjumpa dan hanya berhubung menerusi telefon.

Pasangan ini juga baru mendapat tarikh dan lokasi untuk melangsungkan perkahwinan pada hari Jumaat lepas dan semua persiapan di lakukan di saat- saat akhir. Mereka berdua bersyukur kerana semua urusan berjalan lancar.

Difahamkan majlis pernikahan pasangan itu berlangsung di Msjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, di sini, pkul 10.30 pagi tadi. Pasangan ini merancang untuk mengadakan dua majlis resepsi iaitu di Sabah dan di Melaka pada Disember depan.

Video sekitar majlis pernikahan pasangan itu telah dikongsikan kembali menerusi instagram rasmi stesen radio hot FM buat tatapan para peminat Zizi Kirana dan Yusuf bahrin.

Walaubagaimanapun, tindakan Zizi Kirana memakaikan gelang kepada suaminya itu telah menarik perhatian netizen yang mempersoalkan pemakaian gelang kepada Yusuf bahrin itu.

Menjengah keruangan komen, ada sesetengah netizen juga mempersoalkan perkara yang sama dan tertanya- tanya mengenai alasan sebenar Zizi Kirana untuk memakaikan gelang kepada suaminya itu. Berikut dikongsikan komen – komen netizen.

“iyaaaaa benerrrr, Komen mcm ni lah yang saya cari dari tadiii.. whyyy dia pakai gelang??” – Netizen

“Tp bg sy kan better xyah pakaila kalu lelaki ni kan..tkut jatuh ftnah..kite xtau tujuan dia pakai tu utk ape..kite doa yg baik2 jela” – Netizen

“Rantai dan gelang haram bagi lelaki pakai kerana seolah2 menyerupai perempuan sebab tu adalah barang perhiasan untuk wanita….Jam tangan hanyalah aksesori bukan perhiasan” – Netizen

Apa- apa pun tahniah buat pasangan pengantin baru ini. Berkemungkinan besar pasangan ini juga masih banyak yang perlu mereka perbaiki dari masa kesemasa.

Semoga pernikahan ini memberikan ruang buat mereka berdua saling memperbaiki diri dan mendekatkan diri dengan ajaran islam. Selamat pengantin baru Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin.

Sumber : Instagram hotfm976

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!