“Agaknya dia dengar orang panggil nama dia” – Netizen

Sejak dalam fasa mengandung dan setelah melahirkan anak ramai para peminat yang menantikan untuk melihat wajah dan mendengar sendiri perkongsian selebriti dan usahawan terkenal Noor Neelofa mengenai anak dan kehidupan rumahtangganya itu. Namun begitu sejak dari kehamilan pertama lagi selebriti berkenaan membuat keputuusan untuk tidak mengumumkan mengenai kehamilan dirinya itu.

Sehingga kini sejak beliau melahirkan anak lelakinya yang di beri nama Muhammad Bilal ramai peminat yang sudah tidak sabar lagi untuk melihat wajah comel anaknya itu.

Namun begitu atas faktor keselamatan, Neelofa mengambil kepuutusan untuk mengambil sedikit masa sebelum mendedahkan wajah anaknya itu.

Setelah hampir sembilan bulan berteka teki dengan para peminat, Neelofa akhirnya mendedahkan wajah comel Muhammad Bilal sekitar bulan Oktober tahun lalu.

Sejak melahirkan Bilal, Neelofa jarang berkongsi aktiviti anak sulungnya itu sehinggalah beliau mendedahkan wajah Bilal baharulah Neelofa sedikit terbuka untuk berkongsi wajah dan perkembangan Bilal bersama peminat.

Ramai peminat yang sering menantikan untuk melihat aktiviti dan wajah comel Bilal kerana merasa tidak puas dengan video yang berdurasi hanya beberapa saat di paparan media sosial.

Neelofa telah berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 23 Februari yang lalu bersama suami dan putera sulung mereka, Muhammad Bilal selain beberapa anggota keluarga lain. Menurut Neelofa, dia akan berada di Mekah dan Madinah selama 12 hari untuk melakukan ibadah umrah.

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram peminat, satu video terbaru yang memaparkan wajah comel Bilal di bawa oleh abahnya PU Riz menaiki ‘Fescobike’ telah di kongsikan buat tatapan para peminat.

Di dalam video tersebut, wajah Bilal yang comel yang tersenyum sudah pasti menjadi tumpuan para netizen. Senyuman Bilal semestinya mencairkan hati para peminat yang sekian lama merindui video- video gelagat terbaru si cilik tersebut di media sosial.

Kehadiran Neelofa kali ini ke tanah suci bersama putera sulungnya Muhammad Bilal juga menjadi lebih manis dan pastinya meningg4lkan kenangan serta pengalaman yang berbeza. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

Sebagai rekod, bekas pengacara Meletop ini telah mendirikan rumah tangga bersama pendakwah bebas, Muhammad Haris Ismail atau lebih mesra disapa PU Rizz pada Mac 2021 dan dikurniakan seorang anak, Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022.

Sumber: ig stardust.nlf

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!