“Afwa terpaaling puasa di situu, comel”- Netizen

Telatah anak-anak kepada penyanyi tersohor dalam negara Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa sering kali menjadi tumpuan netizen. Apatah lagi buat para peminat yang mengikuti dan melihat sendiri pembesaran anak sulung Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mesra di panggil Tokti iaitu Siti Aafiyah yg sudah pun memasuki alam persekolahan dan semakin petah bertutur baik dalam Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris.

Umum mengetahui bahawa Tokti di uji apabila perkahwinan beliau bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa lambat di kurniakan zuriat. Beliau dan suami menunggu hampir 11 tahun sebelum menerima kehadiran anak sulungnya Siti Aafiyah setelah melalui proses IVF.

Siti Aafiyah di lahirkan pada 2018 dan setelah hampir 3 tahun usia Aafiyah, Tokti akhirnya di kurniakan zuriat kedua iaitu seorang bayi lelaki. Anak lelakinya itu yang di lahirkan ketika negara di landa w4bak c0v1d dan sedang melaksanakan perintah kawalan pergerakan.

Tokti berkongsi berita gembira berkenaan bersama para peminat beliau dan mendedahkan nama anak keduanya iaitu Muhammad Afwa. Sitii memberitahu, Muhammad Afwa dipilih kerana nama itu membawa makna keampunan atau kemaafan.

Muhammad Afwa yang mempunyai pipi labuh serta gebu membuatkan para peminat tidak jemu menonton paparan perkongsian gelagat Afwa serta kakaknya Siti Aafiyah di media sosial. Video- video gelagat anak- anak kepada Tokti itu juga sering di minta oleh para peminat Tokti sendiri untuk melepaskan ‘rindu’ terhadap kanak- kanak comel berkenaan.

Tokti yang tidak lokek melayani permintaan peminat adakalanya berkongsi gambar serta video di Instagram beliau demi memenuhi permintaan para peminat yg merindui gelagat comel kedua- dua anaknya itu.

Terbaru, menerusi perkongsian di Instagram Tokti, beberapa gambar yg memaparkan beliau bersama ahli keluarga melakukan aktiviti sepanjang bulan Ramadhan telahpun di kongsikan. Menurut Tokti, ahli keluarga beliau itu merupakan antara individu yang telah bersama beliau bertadarus sepanjang bulan Ramadhan sejak 5 tahun yang lalu.

Bagaimanapun perkongsian gambar berkenaan menjadi lebih menarik dengan kehadiran kedua- dua anak Tokti iaitu Aafiyah dan Afwa. Di dalam gambar yang di kongsikan gelagat comel Afwa yang tidur meniarap keletihan menarik perhatian netizen.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata peminat Tokti berkata wajah Afwa kelihatan benar- benar letih kerana mungkin kanak- kanak tersebut merupakan individu yang terpaling ‘berpuasa’.

Namun begitu netizen juga memuji kecomelan gelagat kedua-dua anak penyanyi tersohor tanah air itu yang mencuit hati mereka. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

Sebagai rekod, sebelum ini pernah tular sebuah video di mana peminat Siti telah membuat kompilasi video yang dimuat naik oleh Tokti sendiri di Instagram Story. Di antara perkongsian tersebut telah menunjukkan telatah Aafiyah yang menyuap adiknya, Afwa makan ketika di pejabat ibunya.

Menerusi video itu juga, Afwa kelihatan sungguh aktif bermain dan memanjat kerusi di pejabat ibunya sehingga mengundang rasa teruja dalam kalangan warganet.

Netizen juga kagum dengan sikap anak sulung Tokti yang sangat bertanggungjawab serta pandai memainkan peranan sebagai seorang kakak sulung menjaga adiknya.

Sumber: ig ctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!