“Aeril kecik ni, dah pandai makeup2 boleh jd model dah”- Wawa Zainal

Kehadiran tiga cahaya mata buat pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal menjadikan kehidupan mereka lebih bahagia bersama anak-anak. Tidak lama lagi, pasangan sama cantik sama padan ini bakal menimang cahaya mata keempat seperti yang sudah dimaklumkan oleh Wawa Zainal sendiri. Anak-anak Wawa dan Aeril sentiasa menjadi tumpuan ramai netizen setiap kali video atau gambar mereka dimuatnaik di laman sosial media.

Mereka sentiasa menjadi tumpuan disebabkan gelagat lucu anak beranak ini sering menghiburkan netizen. Bukan itu sahaja, rupa paras anak-anak Wawa dan Aeril pun sememangnya comel.

Seperti yang ramai tahu, Wawa dan Aeril berkecimpung dalam dunia perniagaan dengan menjual produk kosmetik yang menjadi kesukaan ramai. Kejayaan pasangan suami isteri ini telah menjadi inspirasi buat semua orang.

Baru-baru ini, video anak kedua Wawa dan Aeril iaitu Hayla telah dikongsi menerusi Instagram milik Wawa. Gelagat Hayla mempromosikan produk ibunya betul-betul melucukan.

Hayla menerusi video itu, membuat tutorial memakai sunscreen sambil dirakam oleh ibunya sendiri. Memang spontan habis Hayla, comel.

Sementara itu, video Hayla menerima pelbagai respon dariapda netizen. Ramai pengikut Wawa berkongsi pengalaman menggunakan produk milik Wawa menerusi ruangan komen.

Malah ada juga yg memuji wajah comel Hayla. Video tersebut telah ditonton sehingga 300,000 tontonan. Popular Hayla ye..

“Comel lah Hayla ni, mcm muka wawa je lebih ni, pandai Hayla ye, bagus dh meniaga”- Netizen

Kecil-kecil dah pandai berniaga ye Hayla. Mesti dah besar nak sambung bisnes ibu dia hehe. Semoga sentiasa sukses ya.

Sumber: Instagram Wawazainal

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!