“Aduh penat gelak tengok content anak beranak ni”- Netizen

Tidak dapat dinafikan bahawa ragam-ragam anak kecil ini bermacam-macam. Pening kepala nak layankan perangai anak-anak kan ? Kadang ragam yang sebegitu, kadang pula ragam yang sebegini. Tak terkejar-kejar kita dibuatnya nak layan karenah mereka semua. Korang mesti cukup tahu kan akan karenah anak-anak korang semua.

Lebih memeningkan, jika kita ada anak kecil lebih dari seorang. Kalau macam tu, memang pening tak terkata lah dibuatnya, sudah pasti tak henti-henti masalah yang dilakukan oleh anak-anak kita tu. Korang mesti lalui perkara yang sama kan ?

Ada dimuat naik video parodi oleh Adira dan juga anak-anak nya. Seperti yang kita ketahui, Adira dan anak-anak nya itu selalu saja buat video lucu dan menghiburkan hati kita semua. Lihat saja telatah ibunya, sebabtulah anak-anak pun ikut sama lucu.

Kali ini, ada dimuat naik video Adira dan anaknya, di mana mempunyai dua situasi. Tentang drama anak vs anak ibu. Yang pertama, kita lihat anak-anak punya ragam. Tengok anak Adira buat hal, gelak besar dibuatnya, mana taknya, semua in character.

Dibalas pula dengan cara-cara untuk memastikan anak-anak simpati dan dengar kata ibu mereka. Part mereka terkejut tu, memang lucu sangat. Lebih-lebih lagi bila part Adira yang berpura-pura pengs4n. Time tu memang gelak sakan dibuatnya.

Rata-rata netizen semuanya terhibur dengan telatah anak-beranak tu. Pandai betul eh anak-anak Adira ni berlakon. Sama naik dengan je mama dia tu. Ni mesti memang mama dia nak ajak anak-anak ikut serta berlakon part yang melucukan tu.

Pun begitu, setiap scene yang mereka lakonkan tu memang betul-betul terjadi in real life. Sebabtulah ramai sangat netizen yang geli hati dengan lakonan mantap anak-beranak ni. Banyak sangat idea mereka yang melucukan tu. Ngekek dibuatnya.

Anak-anak korang pun perangai yang sama macam tu ke ? Kalau mereka buat hal, kita balas balik dengan apa yang dilakukan oleh Adira tu, sudah pasti mencuit hati kita semua. Pandai eh Adira ajar kita tips supaya anak tidak meragam.

Justeru, tidak dapat dinafikan bahawa telatah anak-anak ini semuanya lucu-lucu belaka. Kalau mereka buat hal, pandai-pandai lah eh kita cari cara supaya taknak bagi mereka semua meragam. Penat juga kan nak layankan mereka semua ni, hehe.

Sumber : Ig Adira.suhaimi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!